Kajian Dapati Liverpool Pasukan Termalang Premier League, Man United Paling Bertuah

Wah! Ini satu pendedahan yang menarik untuk kita semua!

Satu kajian telah dijalankan oleh bagi melihat pasukan manakah pasukan yang paling menerima nasib malang dan tuah di Premier League pada musim lalu.

Menurut laman BBC Sport, satu kajian telah dijalankan oleh ESPN, Intel dan juga University of Bath menyaksikan Liverpool merupakan pasukan termalang di Premier League musim lalu.

Kajian ini mengambil kira beberapa aspek antaranya:

  • Gol yang sepatutnya dibatalkan
  • Gol yang dibatalkan tetapi sebenarnya sah
  • Penalti yang dijaringkan hasil keputusan yang salah oleh pengadil
  • Penalti yang tidak diberikan tetapi sebenarnya patut diberi
  • Layangan kad merah yang salah
  • Insiden kad merah yang terlepas dari pandangan pengadil
  • Gol yang djaringkan selepas melebihi masa kecederaan yang sepatutnya
  • Gol yang terbias

Hasil dari kajian 3 entiti ini menyaksikan Liverpool menjadi pasukan paling malang kerana mereka terlepas 12 mata hasil dari pelbagai aspek yang dinyatakan paling atas.

Paling ketara adalah ketika perlawanan menentang Manchester United di Anfield, Liverpool telah dinafikan sepakan penalti pada minit ke-63.

Seandainya penalti diberikan, Liverpool memenangi perlawanan itu dengan jaringan 1-0.

Gambar: The Indian Express

Sementara itu, Manchester United merupakan pasukan paling bertuah dalam saingan Premier League yang lalu.

Mereka berjaya memperoleh 6 mata hasil dari ‘tuah’ yang dimiliki mereka pada musim lalu.

Berikut beberapa penemuan lain hasil dari kajian ini:

  • Huddersfield sepatutnya turun ke EFL Championship dan bukannya Stoke City jika semua keputusan pengadil yang salah dibetulkan
  • Liverpool menamatkan liga ditangga kedua dan Manchester United menduduki tangga keempat
  • Manchester City kekal juara liga tetapi tidak dengan rekod 100 mata
  • Brighton & Hove Albion sepatutnya menamatkan liga ditangga kesembilan sementara berbanding kedudukan asal iaitu tangga ke-15
  • Sementara Leicester City sepatutnya menamatkan liga di tangga ke-14 berbanding tangga kesembilan
  • Mereka juga merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol selepas waktu kecederaan sebenar tamat dengan 3 gol dihasilkan
  • Matt Richie merupakan pemain paling bernasib baik apabila berjaya mengelak 2 kad merah kerana tidak disedari pengadil

Kajian sebegini sememangnya menarik untuk disaksikan, berikut merupakan perbandingan kedudukan liga yang asal dan yang telah diubah selepas kajian dilakukan.

Premier League table 17-18 ‘Luck Index’ simulated table 17-18
Manchester City 100 Manchester City 97
Manchester United 81 Liverpool 87
Tottenham 77 Tottenham 77
Liverpool 75 Manchester United 75
Chelsea 70 Arsenal 71
Arsenal 63 Chelsea 70
Burnley 54 Burnley 50
Everton 49 Newcastle 48
Leicester 47 Brighton 46
Newcastle 44 Everton 44
Crystal Palace 44 Crystal Palace 42
Bournemouth 44 West Ham 41
West Ham 42 Watford 41
Watford 41 Leicester 40
Brighton 40 Southampton 40
Huddersfield 37 Bournemouth 38
Southampton 36 Stoke 37
Swansea 33 Huddersfield 37
Stoke 33 Swansea 34
West Brom 31 West Brom 33

 

Anda boleh baca dengan lebih lanjut dengan klik di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN