Juara Hyundai A-League, Melbourne Victory mengumumkan mereka telah menandatangani pemain bintang dari Jepun iaitu Keisuke Honda.
Honda, yang mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa susulan kekalahan memilukan Jepun kepada Belgium pada Piala Dunia Russia, melabel Melbourne Victory sebagai kelab terbaik di Australia.
“Keisuke secara konsisten membuktikan tahap keupayaannya di peringkat tertinggi dan kami tidak sabar untuk melihat apa yang boleh dilakukannya di Melbourne,” kata jurulatih Victory, Kevin Muscat.
"I will make the club win… Let's make it happen".
Watch the full press conference from @kskgroup2017's @gomvfc unveiling: https://t.co/bnWhub5Op4#WelcomeHonda pic.twitter.com/nAl1hMLc4Q
— Isuzu UTE A-League (@aleaguemen) August 6, 2018
Penyerang berbisa berusia 32 tahun itu, yang menjadi salah seorang bintang ternama dalam bola sepak Asia, tidak terikat dengan sebarang kontrak sejak meninggalkan kelab Mexico, Pachuca.
“Saya amat gembira untuk menyertai Melbourne Victory. Saya mengetahui mereka meminati saya seminggu selepas Piala Dunia,” kata Honda.
“Saya meneliti beberapa perkara. Melbourne Victory kelab paling berjaya di Liga A. Ia menakjubkan. Mereka menjadi juara beberapa kali.”
Selain Milan, Honda yang mencipta nama ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan apabila membantu Jepun mara ke peringkat kalah mati, juga pernah beraksi bersama kelab Belanda, VVV-Venlo dan CSKA Moscow di Russia.