Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui pasukannya mempunyai kekurangan di bahagian serangan.
Beliau yang menyaksikan kekalahan pasukannya di tangan Bayern Munich baru-baru ini.
Menurut laman BBC Sport, beliau memberikan isyarat yang pasukannya bakal menghadapi musim yang sukar kali ini.
Hal ini kerana, Manchester United masih lagi tidak menambah pembelian pemain mereka setakat ini walaupun sudah pun melakukan 3 pembelian.
Kesemua pemain yang dibeli oleh Mourinho adalah pemain bertahan iaitu Diogo Dalot, Fred dan Lee Grant.
“Jika Manchester United tidak meningkatkan kualiti pasukan, maka kita akan hadapi musim yang sukar.”
Beliau dalam masa yang sama memberikan contoh Liverpool yang membeli semua pemain dan segalanya dalam jendela perpindahan ini.
“Kelab-kelab lain yang bersaing dengan kami semuanya amat kuat dan sudah mempunyai para pemain yang cukup baik.”
“Tidak pun, mereka telah melabur dengan cukup banyak seperti Liverpool. Mereka membeli sesiapa sahaja dan apa sahaja.”
Mourinho memberikan bayangan untuk membeli lagi beberapa pemain sebelum jendela perpindahan ditutup.
Dengan masa depan Anthony Martial yang belum lagi jelas, pastinya Mourinho sedang cuba untuk mencari penyerang baharu untuk menggantikan beliau.
Jika benar Martial keluar, akan hanya tinggal Marcus Rashford, Jesse Lingard, Romelu Lukaku dan juga Alexis Sanchez.
Manchester United bakal membuka tirai musim baharu Premier League dengan perlawanan menentang Leicester City dalam aksi awal hari pertama liga.