Piala Malaysia: Nidzam Adzha Kecewa Kedah Gagal Atasi Kelantan

Kedah memulakan saingan unifi Piala Malaysia 2018 semalam dengan beraksi menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Star.

Walaupun beraksi di laman sendiri, Kedah gagal memanfaatkan peluang yang mereka peroleh sepanjang perlawanan tersebut.

Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati dengan 1 mata apabila seri tanpa jaringan dalam perlawanan tersebut.

Dipetik menerusi laman MStar, jurulatih Kedah iaitu Nidzam Adzha jelas kecewa dengan ketumpulan penyudah para pemain beliau semalam walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan.

“Kami tahu kami menguasai perlawanan ini dan sepatutnya kita menggunakan segala peluang yang ada.”

Gambar: Kedah FA

Kedah bakal menjalani tugas yang lebih sukar apabila berhadapan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan kedua yang akan dilangsungkan di Larkin.

JDT yang tewas mengejut kepada pendatang baharu iaitu MIFA dengan jaringan 2-1 di laman sendiri pastinya mahu bangkit dan tidak mahu kalah di laman sendiri.

Dalam masa yang sama, Nidzam menzahirkan kesyukuran kerana pasukannya tidak dihukum oleh pasukan pelawat selepas mereka gagal menyempurnakan segala peluang terhidang.

“Kami agak bernasib baik kerana tidak dihukum oleh pasukan Kelantan dek kerana kesilapan yang kami cipta sendiri.”

“Cuma sayangnya kami gagal mendapatkan mata penuh di laman kami sendiri.”

Gambar: Kedah FA

Skuad Kedah yang tempang tanpa kehadiran beberapa pemain utama akibat kecederaan turut dihimpit dengan ketiadaan pemain seperti Akhyar Rashid yang menyertai skuad remaja kebangsaan.

Akhyar kini bersama skuad B-23 negara dalam persiapan menjelang Sukan Asia di Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN