Bekas pemain Real Madrid dan AC Milan, Clarence Seedorf bakal membimbing pasukan kebangsaan Cameroon dengan bekas rakan sepasukannya, Patrick Kluivert turut dilantik sebagai pembantunya.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Sukan Cameroon, Pierre Ismael Bidoung Mkpatt, yang berkata mereka akan mengambil alih tugas daripada bekas pemain Belgium, Hugo Broos, yang meninggalkan pasukan musim lalu selepas gagal membantu skuad Singa Afrika itu layak ke Piala Dunia di Russia tahun ini.
Clarence Seedorf has been appointed as Cameroon head coach, with Patrick Kluivert as his assistant 🇳🇱🇨🇲 pic.twitter.com/a828ZyldxY
— B/R Football (@brfootball) August 4, 2018
Pencapaiannya selaku pemain cukup cemerlang apabila berjaya memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara dan membuat 87 penampilan antarabangsa bersama Belanda.
Bagaimanapun, berdasarkan rekod Seedorf selaku pengendali, pencapaiannya tidak begitu memberangsangkan terutama ketika membimbing tiga kelab berbeza iaitu AC Milan (2014) di Serie A, Shenzen FC (2016) Liga Satu China sebelum ke Sepanyol bersama Deportivo La Coruna (2018).
Real Madrid and AC Milan legend Clarence Seedorf has been appointed Cameroon 🇨🇲 head coach.
The 42-year old will be expected to defend the AFCON 🏆 especially that the tournament will be hosted in Cameroon next year from June 7-30. pic.twitter.com/w4lTjmoaui
— Usher Komugisha (@UsherKomugisha) August 4, 2018
Kluivert pula sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu jurulatih termasuk dengan pasukan kebangsaan Belanda dan menghabiskan setahun sebagai pengarah bola sepak Paris Saint-Germain.
Clarence Seedorf has been appointed as the new manager of Cameroon and Patrick Kluivert is named as his assistant pic.twitter.com/oFnnOJ0T01
— Mohamed Moallim (@iammoallim) August 4, 2018
Cameroon akan menjadi tuan rumah Piala Negara Afrika 2019 Jun depan, yang mana mereka tampil selaku juara bertahan selepas memenanginya buat kali kelima tahun lalu.