Ong Kim Swee: “Saya Akan Menurunkan Pemain Yang Paling Cergas”

Malam ini skuad China bawah 23 tahun (B-23) bakal menguji anak buah Datuk Ong Kim Swee pada aksi persahabatan di Pusat Sukan Olimpik, Stadium Changzhou.

Perlawanan ini juga menjadi medan untuk menguji keserasian pemain sebelum menghadapi saingan Sukan Asia di Indonesia minggu depan.

Ong Kim Swee memberi taklimat kepada pemain ketika sesi latihan semalam. FOTO: FAM

“Saya ingin melihat kombinasi antara pemain sedia ada dan paling penting adalah kita bukan memikirkan mengenai keputusan tetapi persefahaman memandangkan kita hanya menjalani latihan selama seminggu.

“Aksi bertemu China ini adalah perlawanan pertama buat skuad B-23 sejak kali terakhir kita bertemu Korea Selatan di peringkat antarabangsa, Januari lalu.

“Jadi saya mengharapkan perlawanan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pasukan sebagai persiapan untuk mengharungi Sukan Asia itu nanti.

“Sama ada saya akan menurunkan barisan pemain yang terkuat, ia terpulang dalam situasi tertentu namun bagi kesebelasan utama untuk aksi esok, saya akan menurunkan pemain yang cergas,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Barisan pemain skuad bawah 23 tahun negara di China. FOTO: FAM

Memandangkan sepak mula acara bola sepak Sukan Asia tinggal 10 hari lagi, maka Kim Swee tidak ada banyak masa untuk melakukan rombakan pemain dan dijangka akan mengekalkan barisan yang sama seperti ketika kejohanan AFC B-23.

“Tiada tumpuan spesifik yang perlu diberikan kerana kita perlu mengambil kira secara keseluruhan baik daripada segi bertahan mahupun menyerang.

“Apa yang mustahak adalah pemain harus berusaha untuk bekerjasama antara satu sama lain di dalam dan juga di luar padang,” katanya.

Dalam saingan Sukan Asia, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN