Liverpool Belasah Napoli Di Dublin, Alisson Becker Buat Penampilan Sulung

Liverpool

Liverpool terus mempamerkan aksi bertenaga menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris selepas membelasah SSC Napoli 5-0 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Dublin, Ireland.

Perlawanan itu juga menyaksikan penjaga gol termahal dunia, Alisson Becker menyarung jersi The Reds buat pertama kali dan beraksi dengan baik.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp bermula garang dengan tidak menunggu lama apabila menjaringkan dua gol pada 10 minit awal.

Jaringan pembukaan menjelma seawal minit ke-4 selepas James Milner yang mendapat hantaran ke belakang dari Sadio Mane dalam kotak penalti, melepaskan rembatan kaki kiri sekaligus menewaskan penjaga gol Napoli, Orestis Karnezis.

Berselang lima minit kemudian, hasil hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol pelawat menerusi Milner berjaya ditanduk
Georginio Wijnaldum untuk gol kedua perlawanan.

Dua jaringan tersebut memisahkan kedua-dua pasukan sehingga tamat aksi di babak pertama.

Liverpool yang kelihatan mempunyai skuad yang lebih seimbang pada musim baharu ini terus menggembirakan peminat setia dengan jaringan ketiga yang dicipta bintang Mesir, Mohamed Salah.

Gol cantik pada minit ke-58 itu berpunca daripada sepakan dari jarak dekat yang dilakukan Salah terus mencari ‘top corner’ bagi mengukuhkan cengkaman Liverpool.

Kelab Merseyside itu menambah dua lagi jaringan dalam masa tujuh minit untuk melengkapkan kemenangan 5-0 menerusi ledakan Daniel Sturridge dan Alberto Moreno pada minit ke-73 dan 77.

Mungkin ia sekadar perlawanan persahabatan tetapi dengan ruang dan barisan pemain yang dimiliki ketika ini, tidak keterlaluan untuk diperkatakan bahawa Liverpool mampu untuk menjadi pencabar kejuaraan pada musim baharu ini.

Kredit foto: Evening Standard

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN