Satu Lagi Aksi Persahabatan Akan Dirangka Untuk Skuad Ong Kim Swee

Perubahan pasukan dalam kumpulan susulan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terkeluar daripada Kumpulan E bagi menggantikan Iraq yang menarik diri daripada Kumpulan C memaksa skuad Malaysia Bawah 23 Tahun negara (B-23) mengubah perancangan mereka.

Perpindahan UAE ke kumpulan C itu bermakna Malaysia kekal bersama Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam kumpulan E acara bola sepak Sukan Asia 2018.

Pengurus pasukan B-23, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata kepada Berita Harian, menjelaskan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu akan merangka satu lagi aksi persahabatan selepas pulang dari China, Khamis ini.

“Saya sudah menghubungi jurulatih (Kim Swee) dan beliau mungkin akan mengatur satu lagi perlawanan persahabatan Jumaat ini, tapi keputusannya selepas mendapat jadual penuh Sukan Asia.

“Perancangan pasukan akan berubah lagi, tapi kali ini berubah ke arah yang lebih baik buat pasukan. Jika mengikut jadual asal, pasukan tidak cukup rehat apabila terus berlepas ke Jakarta dari China kerana 10 Ogos sudah ada perlawanan dan 12 Ogos akan beraksi lagi.

“Jadi dengan penjadualan semula nanti saya fikir pemain akan lebih selesa dan jurulatih juga dapat memanfaatkan masa yang lebih panjang untuk mempersiapkan pasukan,” katanya.

Sesi latihan skuad bawah 23 tahun negara di China. FOTO: FAM

Perancangan awal Kim Swee sebelum ini yang melibatkan aksi persahabatan dengan skuad B-23 Arab Saudi yang sepatutnya berlangsung pada 9 Ogos terpaksa dibatalkan gara-gara UAE diundi dalam Kumpulan E pada undian kedua, 25 Julai lalu.

Persiapan mereka bagi menghadapi saingan Sukan Asia di Indonesia sedikit terjejas apabila kehilangan 2 penyerang iaitu Jafri Firdaus Chew yang cedera hamstring dan Hadi Fayyadh yang akan ke Jepun jalani sesi percubaan.

Dengan situasi terbaru itu, Kim Swee hanya akan membawa 22 pemain saja ke China bagi aksi persahabatan dengan skuad B-23 China di Stadium Changzhou Olympic Sports Center pada hari esok (5 Ogos 2018) dengan sepak mula jam 7.35 malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN