Florentino Perez: “Bayarlah RM3 Billion Jika Mahu Modric”

Saham bintang tengah Croatia, Luka Modric tiba-tiba meningkat mendadak selepas beliau membantu negaranya melangkah ke final Piala Dunia ketika tewas 2-4 kepada Perancis.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan sebarang perjanjian untuk mendapatkan pemainnya, Luka Modric perlu diselesaikan dengan pembayaran klausa pelepasan 750 juta euro (RM3.45 bilion).

Tetapi prestasi menakjubkan yang ditampilkan pemain tengah berusia 32 tahun itu menyaksikannya dinobatkan pemenang anugerah Bola Emas (Pemain Terbaik Kejohanan).

Antara yang berminat mendapatkan khidmatnya ialah kelab Itali, Inter Milan yang berharap Modrid sudah bersedia untuk memberitahu juara Eropah itu dia mahu mencari cabaran yang baharu.

Tetapi Perez kemudian tampil menghancurkan segala harapan buat pasukan yang berminat mendapatkan bintangnya itu dengan meletakkan harga yang tidak masuk akal.

“Satu-satunya kemungkinan Modric akan berpindah ialah dengan membayar 750 juta euro (RM3.45 bilion),” kata Perez kepada wartawan.

Tonggak tengah yang terkenal dengan ketenangan dan cukup kreatif itu sedang menikmati cuti Piala Dunia dengan kontraknya di Real akan tamat pada Jun 2020.

Komen Perez itu dijangka akan memberi khabar duka berganda buat Inter selepas cubaan mereka untuk mendapatkan pemain Bayern Munich, Arturo Vidal juga difahamkan akan mengalami kegagalan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN