Julian Brandt: “Mesut Ozil Bukanlah Punca Sebenar Kegagalan Jerman Di Piala Dunia”

Mesut Ozil dan Jerman kini tidak lagi bersama, kisah itu telah ditamatkan oleh pemain Arsenal itu sejak berakhirnya kempen Piala Dunia 2018 Jerman yang penuh memalukan.

Beliau menjadi subjek kepada kecaman hebat para rakyat Jerman di atas kegagalan skuad kebangsaan mereka di Rusia.

Ianya diapi-apikan dengan gambar Ozil bersama Presiden Turki iaitu Recep Tayyip Edrogan yang menjadi tular sebelum Piala Dunia.

Persaraan Ozil dari skuad Jerman tidak langsung dihalang oleh rakan sepasukan beliau.

Namun kini, salah seorang rakan sepasukan beliau iaitu Julian Brandt telah tampil mempertahakan Ozil.

Menurut laman Daily Cannon, Brandt mengatakan krtikan yang diberikan kepada Ozil itu melampau dan beliau bukanlah punca kepada segala kegagalan Jerman di Rusia.

“Kami tidak terganggu dengan kontroversi yang melanda Mesut Ozil melibatkan gambar beliau bersama Recep Tayyip Edrogan semasa kejohanan.”

“Ia tidak membuatkan kami beraksi teruk. Ianya bukan punca kenapa kami tersingkir.”

Menurut Brandt, kesemua pemain Jerman melakukan kesilapan dan bukannya Ozil sahaja.

“Bagi saya, Ozil bukanlah punca kenapa kami tersingkir. Kami semua melakukan kesilapan.”

“Seperti saya, saya patutnya menjaringkan 2 gol tetapi ianya terkena tiang. Jika 2 percubaan itu masuk, pasti lain ceritanya.”

KAZAN, RUSSIA – JUNE 27: Mesut Oezil of Germany looks dejected following his sides defeat in the 2018 FIFA World Cup Russia group F match between Korea Republic and Germany at Kazan Arena on June 27, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images, )

“Ozil mungkin melakukan kesilapan dan tidak menikmati kejohanan sebaik mungkin untuk dirinya.”

“Ianya sama seperti kami, untuk salahkan beliau sahaja itu salah.”

Sehingga kini hanya Brandt sahaja yang berani tampil mempertahankan Ozil selepas beliau mengeluarkan kenyataan pedas sewaktu mengumumkan persaraan beliau.

Ozil dalam kenyataan beliau mengatakan dirinya hanya dianggap sebagai rakyat Jerman ketika menang dan pendatang ketika kalah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN