Pasukan Pahang mempunyai azam yang tinggi untuk memenangi Piala Malaysia pada musim ini.
Jurulatih mereka, Dollah Salleh mahukan pasukannya mencipta kejayaan yang dicipta mereka sewaktu memenangi Piala Malaysia pada 2014.
Menurut laman Berita Harian, Datuk Mohammed Suffian Awang yang merupakan pengurus Pahang mengatakan para pemain pasukan tersebut perlu mengikut arahan yang diberikan oleh jurulatih – Dollah Salleh.
“Apa yang pemain perlu lakukan adalah mengikut arahan daripada jurulatih.”
“Para pemain tidak boleh pandang rendah keupayaan pihak lawan jika tidak kita boleh diaibkan oleh mereka.”
Kata-kata itu dinyatakan oleh Suffian apabila memberi pandangan mengenai perlawanan pertama Piala Malaysia melibatkan Pahang.
Mereka akan menentang wakil 100 Liga Premier iaitu Sabah di Stadium Darul Makmur.
“Pahang mesti memperoleh 3 mata dalam perlawanan menentang Sabah.”
“Ianya penting untuk menyekat motivasi pasukan lawan yang semestinya mensasarkan 1 mata untuk dibawa pulang.”
Pahang terdorong untuk menjulang Piala Malaysia pada musim ini selepas memperoleh gelaran Shopee Piala FA.
Namun begitu, prestasi para pemain perlu ditingkatkan untuk memenangi kejohanan ini.
“Kejayaan kami menjulang Shopee Piala FA telah mendorong kami untuk mendapatkan kejayaan sama seperti kami peroleh pada 2014.”
“Diharapkan para pemain dapat meningkatkan kualiti dan memberikan aksi terbaik untuk memperoleh kemenangan.”
Pahang melakukan kejuaraan berganda pada musim 2014 apabila mereka berjaya memenangi Piala FA serta Piala Malaysia.