Penjaga gol baharu Liverpool, Alisson Becker yang baru sahaja menyertai latihan pasukan buat pertama kali menyifatkan beliau seperti sudah lama bersama kelab Merseyside tersebut.
Penjaga gol termahal dunia itu sudah menyertai sesi latihan Liverpool di Perancis.
Pembelian bernilai £65 juta itu merupakan bekas penjaga gol utama AS Roma dan memilih untuk ke Liverpool sebaik sahaja saingan Piala Dunia 2018 tamat.
Bercakap kepada laman web rasmi kelab, Alisson begitu teruja untuk menikmati cabaran baharu dalam karier bola sepak beliau.
”Ia akan menjadi hari yang hebat di mana saya menantikannya.”
”Saya telah menikmati rehat yang baik bersama keluarga tetapi kami semua tidak sabar untuk merasakan musim baru yang bakal tiba nanti.”
”Ia hanya merupakan hari pertama buat saya dan saya merasakan seperti sudah lama bersama pasukan.”
”Walaupun dua minggu ini kelihatan seperti tidak terlalu lama, ia cukup buat kami untuk bersedia bagi menghadapi perlawanan sulung bertemu West Ham United.”
”Kami akan bermain dua perlawanan persahabatan sebelum perlawanan ini dan saya pasti kerja keras pasukan yang telah ditetapkan setakat ini akan membantu saya untuk masuk ke dalam pasukan secepat yang mungkin.”
”Untuk saya dapat 100% bersedia bagi menghadapi perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris dengan cara yang baik.”