Wayne Rooney yang kini berada beraksi bersama DC United berjaya membuka ‘akaun’ jaringannya dalam saingan Major League Soccer (MLS) selepas menundukkan Colorado Rapids.
Jaringan sulung itu menjelma pada minit ke-33 selepas beliau yang menerima lorongan daripada Luciano Acosta, meledakkan rembatan melepasi celah kaki penjaga gol Colorado, Tim Howard.
Jaringan yang dinantikan itu juga membantu DC United menamatkan rentetan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini dengan kemenangan 2-1.
Historic. On his first night as captain, @WayneRooney scores his first career MLS goal. #DCU pic.twitter.com/1rrnRqWNPE
— D.C. United (@dcunited) July 29, 2018
Pemain Colorado Rapids, Kellyn Acosta yang terlepas peluang gagal menyempurnakan sepakan penalti, menebus kesilapannya untuk kembali menyamakan kedudukan.
Hantaran lintang yang dilakukan Ulises Segura pada minit akhir permainan terkena Niki Jackson sekaligus tertampan bola ke gawang sendiri untuk menghadiahkan kemenangan buat DC United.
Aksi pada lewat permainan juga menyaksikan hidung Wayne Rooney berlumuran darah. Terdapat sumber yang mengatakan beliau mengalami patah tulang hidung.
Mengulas mengenai perkara tersebut, jurulatih DC United, Ben Olson menyifatkan Rooney sebagai seorang pemain yang kental.
”Saya tidak merasakan ini merupakan pertama kali dia berlumuran darah dalam perlawanan. Dia merupakan pemain yang kental dan saya tidak akan menghiraukannya.”
”Dia sangat ‘fantastik’ pada segala aspek, di setiap cara yang kami mahukan untuk berada dalam kumpulan ini.”
”Dengan kepimpinan dan keupayaan untuk menjaringkan gol. Diharapkan, ia akan berterusan untuk menjadi lebih baik.”