Gembira Dengan Falsafah Maurizio Sarri, David Luiz Mahu Terus Kekal Bersama Chelsea

Luiz

David Luiz menegaskan bahawa beliau masih mahu menjadi sebahagian daripada skuad Chelsea dan tidak mempunyai perancangan untuk meninggalkan Stamford Bridge.

Hal ini kerana beliau begitu selesa dengan falsafah yang diterapkan pengurus baharu, Maurizio Sarri ke dalam pasukan tersebut.

Luiz sebelum ini kelihatan akan meninggalkan Chelsea selepas mengharungi musim 2017/18 yang begitu hambar apabila hanya membuat 10 penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, kehadiran Sarri telah mengubah segalanya buat pemain kelahiran Brazil ini.

Bercakap kepada Sky Sports, David Luiz menjelaskan beliau begitu gembira di kelab London tersebut.

PERTH, AUSTRALIA – JULY 23: David Luiz of Chelsea is shown a yellow card after a foul on Fabio Ferreira of the Glory during the international friendly between Chelsea FC and Perth Glory at Optus Stadium on July 23, 2018 in Perth, Australia. (Photo by Paul Kane/Getty Images)

”Saya kembali ke Chelsea untuk kekal di sini.”

”Ketika saya mengambil keputusan untuk kembali dari Paris adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan untuk melakukan sesuatu bersama Chelsea, jadi saya sangat gembira di sini.

”Saya sukakan falsafah yang diterapkan Sarri. Kami bermain tinggi dengan lebih banyak penguasaan dalam cara teknikal.”

”Dia cuba untuk membantu kami pada setiap hari bagi mempelajari dengan cepat mengenai falsafahnya.”

”Falsafah baru akan sentiasa mengambil masa. Tetapi ia juga bergantung kepada kami. Jika kami menunjukkan dedikasi pada setiap hari dan melakukakan sesuatu setiap hari dalam latihan.”

”Kami cuba untuk belajar dengan cepat.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN