Kehilangan Cristiano Ronaldo ke Juventus sedikit sebanyak memberikan kesan yang mendalam kepada Real Madrid.
Musim panas ini, kelab La Liga itu sering dikaitkan dengan perpindahan pelbagai pemain untuk memenuhi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ronaldo.
Salah satunya pemain yang sering dikaitkan adalah pemain Chelsea – Eden Hazard.
Namun begitu, sumber MARCA mengatakan Real Madrid kini tidak mahu berbelanja besar lagi ketika jendela perpindahan.
Sebaliknya, mereka ingin berikan peluang kepada Gareth Bale untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ronaldo.
Bale sebelum ini memberi petunjuk untuk meninggalkan Real Madrid selepas sering tidak diberikan peluang untuk beraksi oleh bekas pengurus Zinedine Zidane.
Namun selepas mengharungi sesi perbualan bersama pengurus baharu iaitu Julen Lopetegui, hasilnya memberikan kesan yang positif kepada Bale.
Lopetegui memberikan bayang mahu menggandingkan Bale dan juga Karim Benzema sebagai gandingan serangan Real Madrid.
Dalam masa yang sama, Real Madrid memberi jaminan untuk menjadikan Bale sebagai bintang utama kelab tersebut pada musim ini.
Ketiadaan Ronaldo kini membuatkan Real Madrid perlu mencari seorang pemain yang boleh menjaringkan gol dengan kerap pada setiap perlawanan.
Dan mereka nampak potensi itu pada diri Bale untuk melakukannya.
Jadi, terpulanglah kepada Bale sama ada hendak mengambil cabaran tersebut dan menjadi pemain pujaan utama di Real Madrid.
Atau beliau memilih untuk ke destinasi lain dengan berhijrah ke pasukan lain.