Syed Saddiq Anggap Malaysia Gagal Lahir Pemain Berkualiti Jika Amalkan Naturalisasi

Cadangan pengambilan pemain naturalisasi dalam skuad Harimau Malaya bagi meningkatkan prestasi pasukan negara telah mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan sejak kebelakangan ini.

Mengulas mengenai isu tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kepada Berita Harian memberi bayangan tidak setuju dengan cadangan itu dan menegaskan anak tempatan yang sepatutnya diberi keutamaan dalam sukan nombor satu negara itu.

Beliau mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi tumpuan kepada pembangunan di peringkat akar umbi supaya negara dapat melahirkan lebih ramai pemain yang berkualiti.

“Mengenai usul untuk mengambil pemain naturalisasi, saya rasa perkara ini perlu diperhalusi kerana saya tekankan tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

“Pembangunan akar umbi sangat penting kerana kita mahu pemain Malaysia sendiri yang mengangkat dan memartabatkan bola sepak negara.

“Jika tidak boleh lahirkan pemain muda yang berbakat, ia bermaksud pihak saya (Kementerian Belia dan Sukan) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah gagal,” katanya.

Skuad Harimau Malaya. Kredit: Kosmo

Cadangan pengambilan pemain naturalisasi itu dibangkitkan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika sesi ramah mesra dan perjumpaan bersama penyokong Sabtu lalu.

Setakat ini, FAM hanya memberi ‘lampu hijau’ kepada pemain berdarah campuran yang mempunyai kacukan Malaysia untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Kesebelasan utama skuad Harimau Malaya  ketika menentang Mongolia. FOTO: FAM

Syed Saddiq juga menegaskan bersedia untuk bekerjasama dengan FAM dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang dikendalikan kementeriannya.

“Saya sempat jumpa Datuk Hamidin di Indonesia hari itu dan berbincang mengenai hala tuju bola sepak Malaysia. Saya juga ada minta pihak FAM untuk bentangkan pelan jangka pendek dan panjang mereka untuk kita cari titik pertemuan.

“Saya nak pastikan kita mampu bekerjasama sebaik mungkin dan pastikan bahawa pembangunan akar umbi dapat ditingkatkan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN