Zaman moden kini tidak keterlaluan untuk penulis katakan media sosial ada satu kemestian bagi kita semua.
Sekurang-kurangnya kita pasti mempunyai satu akaun media sosial tidak kira sama ada Facebook, Twitter atau Instagram.
Tetapi bagi pengurus Liverpool iaitu Jurgen Klopp, beliau tidak mempunyai sebarang akaun media sosial!
Bercakap kepada ESPN, Klopp mengakui keputusan beliau untuk tidak mempunyai sebarang laman media sosial untuk dirinya adalah satu keputusan yang terbaik buat dirinya.
Beliau berkata demikian selepas melihat serangan buli siber yang diberikan kepada penjaga gol beliau iaitu Loris Karius dan juga bintang bola sepak Jerman – Mesut Ozil.
“Lihat, keputusan yang terbijak yang saya lakukan dalam hidup saya adalah tidak mempunyai media sosial.”
“Saya tidak baca apa yang orang katakan mengenai saya di media sosial. Mereka boleh tulis apa saja yang mereka mahu dan ia tidak beri kesan kepada saya kerana saya tak tahu.”
“Saya tak baca semua itu jadi saya tak rasainya.”
Bagi Klopp, cara terbaik untuk melemparkan kritikan adalah dengan bercakap terus kepadanya dan bukannya meluahkannya di media sosial.
“Saya tak rasa yang ianya betul untuk mendengar kata orang, jadi janganlah tunjuk muka kita di media sosial.”
“Jika anda tidak gembira dengan saya, cakap sekarang. Jangan tulis di telefon pintar anda dan siarkan di Facebook, Instagram atau apa saja.”
Tambah Klopp lagi, media sosial adalah salah satu sebab mengapa dunia ini menjadi gila. Tetapi kita boleh jauh dari perkara ini.
“Jelas sekali, ianya adalah bahagian gila kepada dunia ini. Tetapi selagi kita tidak terlibat dalam hal itu, kita tidak akan ambil kisah mengenainya.”