Chelsea Letak Harga £62 Juta Untuk AC Milan Dapatkan Alvaro Morata

Musim panas ini, AC Milan cukup giat dalam mendapatkan penyerang berbisa untuk menguatkan lagi barisan serangan mereka.

Kelab Serie A itu sering kali dikaitkan dengan perpindahan 2 penyerang iaitu pemain Juventus Gonzalo Higuain dan juga penyerang Chelsea – Alvaro Morata.

Menurut sumber Sky Sports, Chelsea dikatakan telah pun meletakkan tanda harga kepada AC Milan untuk mendapatkan penyerang Sepanyol itu.

Kelab Premier League itu telah meletakkan tanda harga sebanyak £62 juta kepada AC Milan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Chelsea dan juga AC Milan dikatakan telah pun memulakan perbincangan untuk perpindahan Morata.

 

Dalam masa yang sama, Chelsea turut berusaha untuk membawa Higuain ke Stamford Bridge.

Mereka telah pun memulakan langkah untuk membawa masuk penyerang Argentina itu bagi menggantikan Morata yang jelas tidak berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diego Costa.

Untuk rekod, Morata hanya menjaringkan 11 gol daripada 31 penampilan bersama Chelsea pada musim lalu dan beliau kehilangan tempat sebagai penyerang utama kepada Olivier Giroud.

Dari perspektif Morata, beliau jelas mendambakan perpindahan semula ke Serie A di mana beliau berjaya memperoleh kejayaan bersama Juventus.

Dalam masa yang sama, ianya peluang untuk beliau mendapatkan semula tempat dalam skuad Sepanyol selepas disisihkan di Piala Dunia yang lalu.

Andai perpindahan ke AC Milan terjadi, Morata pastinya mempunyai tugas berat untuk memastikan jentera serangan mereka berjaya.

Hal ini kerana, pastinya mereka mengharap prestasi yang lebih baik selepas pembelian musim lalu seperti Andre Silva tidak begitu menyinar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN