Sepanjang malam semalam, bertebaran cerita tentang bagaimana rundingan di antara Malcom dan AS Roma telah terhalang pada saat-saat akhir.
Beberapa media utama telah melaporkan yang AS Roma telah mencapai persetujuan dengan Bordeaux untuk penyerang sayap mereka itu.
Hal itu turut diumumkan oleh akaun twitter rasmi AS Roma.
https://twitter.com/ASRomaEN/status/1021430075755859969
BREAKING: Bordeaux confirm an agreement has been reached for the transfer of Malcom to @OfficialASRoma. #SSN pic.twitter.com/XgX0cTGBZP
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 23, 2018
Malcom antara pemain yang menjadi sasaran banyak kelab besar. Sebelum ini pasukan seperti Arsenal turut pernah berminat dengan pemain ini.
Namun Arsenal menarik diri kerana isu dana perpindahan yang terhad. Everton kemudian memulakan langkah serius mendapatkan pemain ini, tetapi telah disaingi oleh AS Roma.
Apa yang berlaku, Roma kemungkinan besar akan kehilangan pemain ini selepas Bordeaux menyatakan kesudian menjual Malcom kepada mereka.
Malcom created more chances (87) than any other U23 player in Europe's top five leagues last season; at least 21 ahead of Dele Alli in second.
Roma win the race. 🐺 pic.twitter.com/y80PWGoh8I
— Squawka (@Squawka) July 23, 2018
AS Roma dan Bordeaux dilaporkan sudah bersetuju dengan nilai perpindahan £32 juta. Beliau sudah pun bersedia untuk terbang ke Rom. Namun pesawat beliau dilaporkan dibatalkan.
https://twitter.com/FabrizioRomano/status/1021499221923581953
Ini selepas kelab beliau memberitahu ada bidaan saat akhir daripada Barcelona untuk pemain ini. Bordeaux dikatakan menerima tawaran yang lebih tinggi daripada Barcelona untuk pemain ini.
Dan Malcom juga mungkin mahu ke Barcelona. Yang kasihannya, di Rom, penyokong-penyokong AS Roma sudah siap sedia menyambut kedatangan pemain tersebut selama beberapa jam sebaik sahaja rundingan perpindahan itu diumumkan berjaya.
Unbelievable – AS Roma fans were waiting at the airport to welcome Malcom & now he's stuck in Bordeaux as Barcelona enter into 11th hour negotiations. (@Guillaumemp) pic.twitter.com/sDQeZfhJaf
— Get French Football News (@GFFN) July 23, 2018
Sumber Fabrizio Romano dan Kaveh Solhekol menyatakan yang rundingan 11 jam di antara Roma dan Bordeaux kini terpaksa ditangguhkan seketika.
Malcom adalah pemain sayap kanan. Dan ini mungkin isyarat bahawa Barcelona akur dalam usaha mereka mendapatkan Willian daripada Chelsea selepas 4 bidaan mereka ditolak.
Sky Italy: Major twist in Malcom transfer. Bordeaux have denied Malcom permission to fly to Italy tonight after £32m deal was agreed with Roma. Barcelona now making late move. Roma fans already waiting for Malcom at Rome airport
— Kaveh Solhekol (@SkyKaveh) July 23, 2018
Sebelum ini Manchester City agak berang melalui perkara yang sama apabila Napoli mengubah perjanjian selepas 15 hari. Napoli awalnya setuju menjual Jorginho ke City.
Namun selepas itu mengakui terpaksa mengkhianati perjanjian awal itu kerana Chelsea menawarkan pakej lebih baik kepada kelab dan pemain tersebut.