Tabiat pengendali baharu Chelsea, Maurizio Sarri yang suka merokok memaksa pengurusan The Blues itu merancang untuk menyediakan kawasan merokok untuk beliau dalam tempoh tiga minggu yang akan datang.
Mereka berbuat demikian bagi memudahkannya ‘menghembuskan asap’ dalam sebarang perlawanan melibatkan pasukannya.
Pengendali dari Itali itu dikatakan mampu menghisap 80 batang rokok sehari, lapor salah seorang teman rapatnya.
Maurizio Sarri to be given a smoking area by Chelsea as new boss seeks to light up Stamford Bridge | @TomHopkinson https://t.co/40FR0ZetKt pic.twitter.com/47IBc6wppP
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 22, 2018
Dalam tempoh 45 minit, apatah lagi 90 minit, tanpa hembusan asap rokok merupakan ujian sebenar bagi pengendali itu, yang terkenal dengan tabiat buruk tersebut sejak hari pertama bersama Napoli.
Undang-undang di United Kingdom tidak membenarkan merokok di padang, jadi Chelsea mendapat tugasan baharu apabila perlu mencari kawasan merokok untuk Sarri mengambil nikotin itu.
Once a Blue, always a Blue! 💙
Gianfranco Zola will join Maurizio Sarri's backroom team as Assistant first team coach! Welcome home, Gianfranco!
More 👉 https://t.co/TUIbZS3lJo pic.twitter.com/wOtFiJFDnf
— Chelsea FC (@ChelseaFC) July 18, 2018
Bagaimanapun ia bukan masalah utama Sarri, sebaliknya pengendali itu kini pening dalam usaha membangkitkan kembali prestasi pasukannya untuk mengharungi musim baharu.
“Beberapa tahun lalu, saya perlukan tempoh yang sangat panjang. Di Napoli kami bergelut pada tiga perlawanan pertama, namun selepas itu kami meraih keputusan positif.
“Saya harap Chelsea dapat bangkit semula dan tempoh ini dapat dipendekkan. Saya harap semua pemain dapat memberikan kerjasama,” ujarnya.
Maurizio Sarri at @ChelseaFC could have a huge effect in #FPL!
Here's why ➡️ https://t.co/hJAg9P6sT9 pic.twitter.com/9z8O4x2UO0
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) July 22, 2018
Sarri akan membimbing Chelsea buat kali pertama dalam aksi liga apabila bertemu penyandang juara, Manchester City untuk perebutan Perisai Komuniti pada 5 Ogos depan.
Kelab London itu membuka saingan liga bertemu Huddersfield Town pada 11 Ogos.