Kini, AC Milan sudah mempunyai penjaga gol yang baharu!
AC Milan telah pun melengkapkan perpindahan bagi bekas penjaga gol Napoli iaitu Jose Manuel Reina atau lebih dikenali sebagai Pepe Reina.
Penjaga gol veteran itu akan menyertai Gianluigi Donnaruma sebagai penjaga gol dalam usaha Genaro Gattuso untuk mendukung cabaran AC Milan di peringkat domestik dan juga Eropah.
Berita perpindahan Reina ke AC Milan itu dilakukan menerusi satu tweet dari laman rasmi AC Milan.
Menurut tweet tersebut, Reina bakal menyertai skuad AC Milan dalam jelajah pra-musim mereka di Amerika Syarikat.
“Pepe Reina tiba tepat pada masanya di Milanello untuk menyertai skuad ke Amerika Syarikat!”
Pepe Reina arrives at Milanello just in time to join the #DevilsInUSA! 🇺🇸@PReina25 per la prima volta a Milanello, pronto a volare con noi negli Stati Uniti! 🙌🏻
¡Bienvenido al equipo, Pepe! 🔴⚫#weareacmilan pic.twitter.com/SPozJoe76b— AC Milan (@acmilan) July 22, 2018
Kehadiran Reina ke AC Milan sekali gus mematikan segala spekulasi mengenai potensi beliau akan berpindah dari Serie A ke liga lain.
Menurut spekulasi terdahulu, beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Premier League untuk menyertai Rafael Benitez semula di Newcastle United.
Namun begitu, beliau memilih untuk terus kekal di Itali untuk membantu AC Milan selepas beliau berjaya menjadi sebahagian daripada skuad Napoli yang memberikan saingan sengit pada saingan musim lalu.
Reina dan Napoli menjadi naib juara Serie A walaupun berjaya mengutip mata sebanyak 91 mata – satu rekod buat mereka.
Prestasi cemerlang Reina musim lalu membolehkan beliau memperoleh tempat dalam skuad Sepanyol di Piala Dunia 2018 namun sekadar menjadi pilihan ketiga Fernando Hierro.