Adakah Loris Karius merupakan penjaga gol paling malang dalam dunia bola sepak hari ini?
Beliau sering sahaja dicemuh terutamanya oleh penyokong Liverpool sendiri dek kerana rentetan kesilapan yang dilakukan pada musim lalu.
Namun apa yang berlaku kini dilihat sebagai melampau, sehinggakan penjaga gol yang lain turut tampil ke hadapan untuk meminta segala kritikan tersebut dihentikan.
Mara ke hadapan, Iker Casillas.
Penjaga gol legenda itu tampil menerusi laman Twitternya untuk meminta agar segala kutukan melampau yang diberikan kepada Karius dihentikan.
“Adakah serangan yang diberikan kepada Loris Karius akan berakhir?”
“Saya bercakap mengenai beliau sama seperti penjaga gol yang lain.”
Menurut Casillas, masih lagi banyak perkara lain yang perlu dirisaukan di dunia ini berbanding hal mengutuk Karius ini.
“Dalam dunia ini ada banyak lagi masalah yang lebih serius! Tinggalkan beliau sendirian, beliau juga manusia seperti kita semua!”
Este ataque a @LorisKarius va a terminar alguna vez? Hablo de él como tantos otros guardametas. Hay muchos más problemas serios en el mundo joder! Dejar al chaval en paz! También es persona. Como lo somos todos!
— Iker Casillas (@IkerCasillas) July 22, 2018
Sebelum ini, Karius adalah meluahkan satu mesej yang menerusi Instagram Story beliau.
Beliau jelas cuba untuk positif walaupun sering dihimpit pelbagai pandangan negatif.
“Kepada mereka yang berseronok melihat orang lain gagal atau menderita, saya faham dengan anda.”
“Apa pun yang terjadi dalam hidup anda, tahanlah nafsu amarah dan benci.”
“Saya berdoa perkara ini akan berlalu dan perkara yang baik akan datang kepada anda.”
Kemarahan terhadap Karius memuncak selepas beliau melakukan 2 kesilapan mudah dalam perlawanan akhir UEFA Champions League yang lalu menentang Real Madrid.
Dalam perlawanan itu, Liverpool tewas 3-1.