Gannaro Gattuso mengakui di atas meja beliau ada beberapa tawaran dan pertanyaan untuk mendapatkan bek tengah utama mereka iaitu Leonardo Bonucci.
Hal ini membuatkan beliau sedikit resah kerana beliau benar-benar mahukan pemain tersebut kekal di AC Milan.
Antara kelab yang dikaitkan dengan Bonucci adalah PSG dan Man. United. Bonucci yang juga kapten AC Milan tiba di San Siro setahun yang lalu dari seteru mereka Juventus.
Selepas tamat perlawanan pra musim menentang Novara (AC Milan menang 2-0), Gattuso memberitahu media yang beliau akan cuba sedaya upaya untuk meyakinkan Bonucci kekal dengan mereka.
Bonucci buat masa ini masih belum menyatakan komitmen beliau untuk kekal di AC Milan. Namun Gattuso gembira dengan profesionalisme pemain tersebut. Gattuso berkata:
“Leo adalah pemain yang sangat profesional dan pemain yang hebat. Buat masa ini kami perlu mendengar apa yang dikatakan oleh beliau (Bonucci) dan pemain lain.
“Jika mereka sudah membuat keputusan untuk masa depan mereka, kami harus menghormati apa sahaja pilihan mereka.”
“Leo helas sekali mahu memenangi sesuatu dalam karier beliau. Kami akan tunggu dan lihat situasi beliau dan kami akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan pemain terbaik pasukan.”
AC Milan kini dalam rangka persiapan intensif dan menerima berita menggembirakan apabila rayuan mereka di Mahkamah Timbang Tara Suka diterima.
Justeru AC Milan akan beraksi di UEL pada musim hadapan.