Klopp Risau Pemain Tidak Cukup Cergas Selepas Pulang Daripada Saingan Piala Dunia

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan kebimbangan beliau dengan pemain yang terbabit dengan tugasan antarabangsa yang akan menyebabkan kelab terpaksa menanggung akibatnya apabila bermulanya musim baru liga.

Klopp sedang melakukan persediaan untuk kempen baru Liga Perdana Inggeris tanpa beberapa pemain utama Liverpool yang sedang bercuti selepas tugasan di Piala Dunia.

Bagaimanapun, masa agak suntuk buat pemain yang beraksi di Russia untuk berehat dan kembali mendapatkan tahap kecergasan sebenar kerana saingan liga akan bermula pada 10 Ogos.

Menambahkan masalah adalah pengenalan Liga Nasional UEFA yang menggantikan aksi persahabatan antarabangsa yang bakal bermula 6 September.

Klopp berasakan Liverpool dan kelab lain bimbang terpaksa membayar harga tinggi kerana pemain yang terbabit dengan tugasan antarabangsa mempunyai masa yang singkat untuk kembali cergas.

“Saya tidak mahu bermain politik tetapi jika situasi ini tidak dihentikan dengan terbaru pengenalan kepada Liga Nasional, pemain yang beraksi di Piala Dunia terpaksa turun beraksi perlawanan antarabangsa lagi.

“Kami mempunyai empat pemain yang beraksi di saingan separuh akhir Piala Dunia yang mana ia masih ok. Tetapi kelab seperti Tottenham (Hotspur), sembilan pemain mereka terbabit di peringkat sama.

“Saya tak pasti bagaimana mereka mengendalikan situasi ini. Pastinya ia satu cabaran besar dan pada masa depan ia perlu diubah.

“Mereka beraksi di Piala Dunia dan kemudian Piala Nasional yang boleh dianggap sangat gila. Segala-galanya sangat penting dalam bola sepak dan kami pula perlu mengutip ‘tulang’ selepas itu,” katanya.

Klopp dijangka tidak dapat menggunakan khidmat pertahanan Croatia, Dejan Lovren yang beraksi di final Piala Dunia dan pemain tengah England, Jordan Henderson untuk perlawanan pertama Liverpool menentang West Ham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN