Saingan bola sepak Malaysia tidak akan berhenti walaupun saingan liga akan berakhir tidak lama lagi.
Hal ini kerana, saingan Piala Malaysia bakal mengambil tempat dengan 16 pasukan akan berebut gelaran bola sepak tertua di Asia itu.
Bersempena dengan saingan tersebut, pasukan Pantai Timur iaitu Terengganu FC telah melancarkan jersi khas sempena saingan Piala Malaysia.
Menerusi laman Facebook rasmi mereka, mereka melancarkan jersi dengan menggunakan Kobert sebagai pengeluar jersi mereka – sama seperti jersi Liga Super mereka.
Masih menggunakan warna putih sebagai warna utama jersi, warna hitam yang sering digandingkan oleh pasukan Terengganu digunakan sebagai warna utama bagi seluar dan sarung kaki mereka.
Rekaan jersi ini tampak lebih santai berbanding jersi Liga Super mereka yang menggunakan corak belang hitam dan putih pada jersi mereka.
Sekali dilihat, jersi ini persis jersi pasukan Jerman yang dipakai oleh mereka ketika beraksi di saingan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Jersi ini dijual dengan 2 harga berbeza dengan harga untuk pra-tempah jersi ini lebih rendah berbanding harga untuk stok sedia (ready stock).
Harga untuk pra-tempah jersi ini adalah RM 99.90 sementara bagi stok sedia pula adalah RM129.00 .
Langkah yang dilakukan oleh Terengganu FC ini menyamai langkah yang pernah dilakukan oleh Kelantan dan juga Johor Darul Ta’zim yang melancarkan jersi khas.
Jersi khas yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan tersebut adalah jersi yang dipakai khas untuk saingan Piala AFC ketika itu.
Dari perspektif pasukan, ianya satu langkah positif untuk menjana pendapatan pasukan.
Jadi penyokong Terengganu, cantik tak jersi ni?