Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu pindaan jadual Liga Super yang melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas diminta mengulas mengenai tindakan sekumpulan penyokong Selangor iaitu Ultrasel meluahkan rasa tidak puas hati dengan penundaan jadual perlawanan Liga Super sehingga mengelarkan MFL sebagai ‘sarkas’.
@footballmasllp = Circus ?? 🤡
Ini kenapa ultraSel bertindak demikian, tidak ada agenda tersembunyi, tidak menyerang individu tertentu mahupun kelab lain.
Kami pure Selangorean, MENTALITI JUARA! KAMU HARUS JUARA 😉
Ini adalah bebenang, baca dengan hati tenang. pic.twitter.com/OEXVueWdI8
— ultra Selangor (@ultraSel_) July 17, 2018
Isu berkenaan timbul selepas MFL mengubah jadual perlawanan antara JDT dan Kelantan yang sepatutnya berlangsung semalam dipinda ke Jumaat ini bagi memberi ruang kepada sambutan kejuaraan skuad Harimau Selatan bersama penyokong mereka di Larkin.
“Kita perlu ingat pindaan berkait pasukan lain dalam liga yang tiada kaitan langsung dengan JDT pun sudah dibuat sebelum ini.
“Misalnya perlawanan Liga Perdana antara FELDA United dan PDRM pada Isnin ini juga ditukar kepada Sabtu supaya FELDA United boleh meraikan kejuaraan bersama penyokong mereka.
“Jadi bagi saya, ini satu perkara yang sengaja dibesar-besarkan bila ia berkait dengan JDT,” katanya.
MFL baru-baru ini turut mengumumkan keputusan penundaan jadual tersebut mendapat sokongan daripada jurulatih enam pasukan liga super.
“Kita sudah jelaskan, ada proses tertentu sebelum pinda jadual. Tiada pihak walaupun saya sendiri atau TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang boleh buat keputusan pindaan.
“Proses pertama adalah persetujuan daripada semua pasukan terbabit dan keputusan kolektif daripada lembaga pengarah.
“Malah, pasukan yang membuat permohonan (pinda jadual) tidak boleh mengundi dalam mendapat keputusan permohonan mereka,” katanya.