MFL Jelaskan Secara Grafik Proses Tunda Perlawanan, Ini Yang Kami Faham

Tulis panjang sangatlah, lukislah senang. Itu antara ayat troll yang kerap kita dengar. MFL telah megambil pendekatan untuk menyampaikan proses penundaan perlawanan secara grafik.

Isu penundaan jadual

Penundaan jadual oleh FMLLP/MFL telah menimbulkan ketidaksenangan hati ramai pihak sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Hal ini menjadi panas apabila MFL menerima permohonan JDT untuk menangguhkan perlawanan ke satu tarikh lain atas alasan keraian kejuaraan MSL.

MFL sebelum ini menyertakan kenyataan sokongan oleh 6 jurulatih Liga Super ke atas penundaan ini.

Di media sosial, MFL dihentam teruk dan mereka tampil mempertahankan diri.

Semalam mereka meminta wakil UltraSel datang ke pejabat MFL untuk memahami sendiri proses penundaan jadual ini.

MFL menuduh tindakan UltraSel boleh menjatuhkan imej Liga Malaysia di mata pelabur dengan banner kontroversi ini:

Dan semalam juga MFL memuat naik grafik carta aliran proses penundaan jadual perlawanan.

Ada beberapa pembaca kami yang kurang jelas tentang jadual ini. Dan ini adalah apa yang kami faham daripada carta aliran ini.

Proses pertama: Permohonan

Hanya 3 badan yang boleh meminta penundaan jadual ketika ini dan MFL adalah bukan salah satu daripadanya.

3 badan itu adalah:

  • FAM
  • Pasukan Bertanding
  • Pihak berkuasa

Ke mana permohonan dihantar?

Permohonan akan dihantar kepada Unit Pertandingan MFL.

Proses kedua: Pertimbangan Unit Pertandingan 

Sebaik sahaja permohonan diterima Unit Pertandingan MFL akan mengkaji impak permohonan  ataupun perlawanan tersebut kepada liga secara keseluruhannya.

Ada 2 pertimbangan utama.

1. Impak tak boleh ditampung

Pada peringkat ini, jika bahagian pertandingan mendapati impak daripada perlawanan ini tidak boleh ditampung, mereka boleh terus menolak permintaan itu tanpa perlu pergi ke proses seterusnya.

Permintaan yang ditolak akan dimaklumkan terus kepada pihak yang memohon.

2. Impak boleh ditampung

Jika permohonan itu dinilai dan impaknya boleh ditampung, Unit Pertandingan MFL akan pergi ke proses ke-3 untuk mendapat persetujuan daripada pasukan yang terlibat dengan perubahan.

Sebagai tambahan dalam peringkat ini Unit Pertandingan MFL boleh mengesahkan pindaan secara terus atas sebab-sebab tertentu.

Proses ketiga: Persetujuan pasukan yang terlibat

Dalam carta aliran untuk proses ketiga, jika proses ke-2 itu lulu, Unit Pertandingan MFL akan meminta persetujuan daripada pasukan yang terlibat dalam pindaan.

Ada 2 pertimbangan lagi dalam proses ini

1. Cadangan dipersetujui pasukan terlibat

Jika pasukan yang terlibat dalam impak pindaan ini setuju dengan perubahan itu, ianya boleh terus diterima tanpa ke proses ke-4.

Di mana pindaan dan perubahan jadual seperti dimohon akan disahkan, kemudiannya dimaklumkan terus kepada pemohon.

2. Permohonan dibantah pasukan terlibat

Jika pada proses ini, pasukan yang terlibat itu membantah, usul ini akan dibawa ke proses ke-4 iaitu untuk penilaian lembaga Pengarah MFL.

Proses ke-4: Keputusan Lembaga Pengarah MFL

Proses ini hanya akan digunakan untuk permohonan yang tidak dipersetujui oleh dalam proses ke-3.

Namun keputusan Lembaga Pengarah MFL adalah bersifat kolektif bukannya berbentuk individu. Antara Ahli Lembaga Pengarah MFL adalah 3 wakil yang dilantik 24 pasukan dalam Liga Malaysia.

Mereka akan mengkaji dan membuat justifikasi ke atas permohonan ini dan akan sebulat suara menentukan sama ada permohonan itu lulus ataupun gagal.

Segala keputusan lulus atau gagal serta pengesahan pindaan jadual akan dimaklumkan segera kepada pemohon.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN