TfL Tukar Nama Stesen Kereta Api Sempena Nama Pengurus England

southgate

Transport for London (TfL) telah mengumumkan yang Stesen Southgate akan bertukar nama kepada Stesen Gareth Southgate untuk tempoh 48 jam bermula pada pagi Isnin.

Ini adalah sebagai tanda penghargaan ke atas pencapaian skuad kebangsaan England dalam kejohanan Piala Dunia 2018 baru-baru ini, yang mana rekod terbaik sejak 1990.

Walaupun The Three Lions kecundang di separuh akhir kepada Croatia dengan keputusan 1-2, aksi mereka sepanjang Piala Dunia wajar diberikan kredit dan penghargaan.

Stesen tersebut merupakan salah satu stesen kereta api bawah tanah yang diuruskan oleh Tfl yang terletak di utara London, berdekatan dengan Enfield, London.

Nama pengurus England itu telah diabadikan pada papan-papan tanda yang terletak di platform, kaunter tiket dan juga di luar Stesen Southgate tersebut sehingga Selasa.

Turut dilihat ditulis oleh pihak Tfl pada papan tanda tersebut adalah, ‘Terima kasih Gareth atas satu perjalanan yang luar biasa. Southgate (stesen) milik anda.’

Selepas siri kekecewaan dalam kejohanan utama, England berjaya mengatasi segala ramalan dengan mara hingga ke separuh akhir seterusnya meraih tempat ke-4 keseluruhan.

Southgate membawa skuad yang muda dan kurang pengalaman dengan ketiga termuda dalam kejohanan di Rusia kali ini namun impaknya sangat mendalam kepada penyokong mereka.

“Persembahan England pada musim panas ini membawa semua orang daripada segenap peringkat umur untuk bersatu meraikannya,” ujar Pengarah urusan TfL, Mark Wild.

FOTO: @VASSARCARLY

“Kami amat gembira untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada Gareth dan pasukan dengan menamakan stesen ini sebagai satu bentuk penghormatan.

“Ini adalah satu contoh bagaimana kami dan jenama boleh bekerjasama secara kreatif,” ujarnya kepada Evening Standard UK.

Menurut pengguna perkhidmatan kereta api bawah tanah yang ditemui BBC, ia adalah satu tindakan yang hebat untuk menyatakan terima kasih kepada jurulatih England itu.

“Dia membuat kerjanya dan meraih keputusan yang menakjubkan serta telah mengangkat semangat seluruh negara.

“Dan ini adalah penghormatan kepadanya dengan cara yang sama iaitu tenang dan sederhana,” ujarnya lagi.

Selain TfL, perkara yang sama turut dilakukan oleh pengendali kereta api bawah tanah di Perancis, RATP selepas kejayaan negara mereka merangkul Piala Dunia 2018.

RATP telah menukar 6 nama stesen kereta api bawah tanah mereka kepada beberapa individu antaranya ketua jurulatih, Didier Deschamps dan kapten, Hugo Lloris.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN