Baru-baru ini, L’Equipe, sebuah akhbar sukan dari Perancis telah menerbitkan sebuah artikel penuh kontroversi yang bertajuk Je t’aime, moi non plus (bermaksud I love you, me neither).
Tajuk artikel ini diambil daripada tajuk sebuah lagu cinta retro yang popular di Perancis dendangan Serge Gainsbourg dan Jane Birkin.
Dalam artikel dua muka surat penuh itu, L’Equipe menyenaraikan senarai nama pemain bola sepak yang paling dibenci oleh peminat.
Tak mengejutkan apabila melihat nama penyerang Chelsea, Diego Costa muncul sebagai pemain pertama dalam senarai tersebut dengan label ‘hodoh dan jahat’.
Costa juga disertai oleh seorang lagi pemain Chelsea, John Terry.
Terry yang diletakkan dalam senarai ‘pemain paling berkontroversi’ bersama Nicklas Bendtner dan Mario Balotelli.
Dalam senarai ‘pemain paling ganas’ pula, nama Nigel De Jong, Emir Spahic dan Brandao telah dipilih kerana sering melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.
Dalam senarai ‘pemain paling angkuh’ pula, nama penyerang PSG, Zlatan Ibrahimovic tersenarai disamping nama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan pemain tengah Manchester City, Samir Nasri.
Dan turut melengkapkan artikel tersebut, adalah senarai pemain yang paling banyak ‘diving’ di atas padang.
Nama pemain Barcelona, Sergio Busquets disenaraikan bersama Arjen Robben dan Mathieu Valbuena.
Adakah anda bersetuju dengan akhbar Perancis ini? Siapa pemain yang paling anda benci? Mengapa?
Baca juga: 10 Pemain EPL Yang Membelot Kelab Sendiri