Penghijrahan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo ke kelab gergasi Juventus minggu lepas telah mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia termasuk bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon.
Calderon percaya tindakan skuad Los Blancos menjual Ronaldo ke Juventus merupakan kesilapan yang besar dan terbukti akan menjadi keputusan yang merugikan pasukan sendiri.
Ramon Calderon (former Real president) "Juventus have concluded a great deal, brilliantly done by Agnelli. Real Madrid will lose a lot, it was a big mistake. Perez tried to save face but it was too late, Cristiano refused his offer. The problem was no longer a financial one." pic.twitter.com/1fABQyV6fy
— Tarek Khatib (@ADP1113) July 14, 2018
Bekas pemain sayap Manchester United itu memilih meninggalkan Bernabeu dengan perjanjian STG88 juta (RM472 juta) yang pastinya mengejutkan penyokong juara Eropah itu.
Ronaldo meledak 44 gol untuk Real musim lalu dan Calderon percaya masih banyak yang dia boleh tawarkan kepada Juventus dari segi kemampuannya.
“Ia kesilapan yang sukar diterima dan pastinya Real Madrid perlu membayar harga yang mahal untuknya,” kata Calderon seperti dipetik dalam Daily Mail.
Ramon Calderon: "The cost of the operation is expensive, but will be wiped out by sponsors and advertising money. I’d put #Ronaldo on the same level as Alfredo Di Stefano, Pele and Johann Cruijff.” pic.twitter.com/uER8IV8fjJ
— JuveFC (@juvefcdotcom) July 14, 2018
Peminat banyak bercakap mengenai Kylian Mbappe dan Neymar, tetapi Calderon menyifatkan mereka masih jauh untuk mencapai ke tahap Ronaldo.
“Ia menjadi pembelian bersejarah sembilan tahun lalu dan nilai pampasan hak penjualan STG1 bilion yang diletakkan ke atasnya membuktikan dia bukan dijual.
“(Florentino Perez) akan membayar harga yang mahal di atas kesilapannya ini. Cristiano adalah pemain nombor satu, jadi ini kerosakan yang teruk.”
Ramon Calderón: "This acquisition would allow Juventus to consolidate their superiority in Serie A and give them an edge in the Champions League. Ronaldo is a huge market opportunity. Many clubs would like to have it."
— El Madridismo (@ElMadridismo93) July 8, 2018
Ronaldo dilaporkan meninggalkan Real selepas kelab enggan memenuhi permintaan kapten Portugal itu mendapat kenaikan gaji berlipat kali ganda.
Dia mahu menyamai tangga gaji diterima bintang Barcelona, Lionel Messi STG35 juta (RM187 juta) semusim, malah dikhabarkan Neymar di Paris Saint-Germain (PSG) turut menerima bayaran lebih tinggi daripadanya.