Bintang muda Perancis yang kini menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia, Kylian Mbappe memilih untuk meneruskan karier bersama kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke juara Eropah, Real Madrid.
Mbappe yang baru sahaja memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik FIFA di atas persembahan hebatnya di Russia selepas membantu Les Bleus menyambar gelaran piala Dunia menewaskan Croatia, awal pagi tadi.
Penyerang yang berusia 19 tahun itu meledak gol dalam kemenangan 4-2 Perancis ke atas Croatia tatkala dia menambah senarai jaringan peribadinya di Piala Dunia kepada empat gol.
Mbappe yang melengkapkan perpindahan tetap ke PSG daripada Monaco sebaik saingan musim lalu melabuhkan tirainya.
Beliau yang sebelum ini beraksi secara pinjaman tidak mempunyai perancangan meninggalkan ibu kota Perancis ketika dia dicanangkan akan dibawa masuk sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus.
Mbappe just closed the doors on Madrid by saying he is 100% staying at PSG, Perez please move on and go get players who want to play for this team
— Yassine (@YassineFutbol) July 15, 2018
“Ya, 100%. Saya akan kekal bersama PSG, meneruskan karier bersama mereka.
“Saya masih berada di awal perjalanan karier saya. Banyak yang perlu dipelajari,” kata Mbappe.
https://twitter.com/RMadridHome_/status/1017451274202177537
Mbappe menikmati kempen musim lalu yang hebat bersama PSG apabila menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan.