Imbasan Pemenang Anugerah Pemain Muda Terbaik Piala Dunia

Pemain Perancis, Kylian Mbappe dianugerahkan sebagai Anugerah Pemain Muda Terbaik dalam Piala Dunia 2018. Untuk edisi ini, FIFA telah menetapkan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1997.

Menariknya, Kylian merupakan pemenang termuda yang memenangi anugerah ini. Kylian berusia 19 tahun sewaktu menerima gelaran ini.

FIFA mula memperkenalkan anugerah ini mulai Piala Dunia 2006. Pada ketika itu, Jerman menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut.

Mari kita imbas kembali pemenang anugerah ini.

2006 – Lukas Podolski (Jerman)

Lukas Podolski (kanan)(Photo by Adam Berry/Bloomberg via Getty Images)

Beliau merupakan pemenang pertama Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia.  Beliau memenangi sewaktu berumur 21 tahun.

Bekas pemain Bayern Munich ini telah menemui sentuhan terbaik dengan menjaringkan 3 gol semasa kempen di laman sendiri.

2 gol tersebut hadir sewaktu tuan rumah menumbangkan Sweden ketika perlawanan pusingan kedua.

2010 – Thomas Muller (Jerman)

Thomas Muller, pemenang kedua trofi ini. Sumber: Metro.co.uk.

Bintang Bayern Munich ini dipilih untuk memenangi anugerah ini. Beliau telah menjaringkan 5 gol untuk Jerman semasa pertandingan yang diadakan di Afrika Selatan.

Daripada 5 gol tersebut, 2 daripadanya dijaringkan Thomas semasa Jerman mengalahkan England dalam pusingan kedua. Namun begitu, Jerman tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan separuh akhir.

Tidak hairanlah, beliau dipilih menjadi pemain Jerman kedua memenangi anugerah ini.

2014 – Paul Pogba (Perancis)

Paul Pogba (Photo by Jeff Gross/Getty Images)

Panel pemilih Paul Pogba sudah pasti tidak akan menyesal dengan memilih beliau. Pada 2014, beliau telah dipilih untuk merangkul anugerah ini.

Juventus merupakan kelab diwakili oleh pemain Perancis semasa Paul memenangi anugerah ini.

Paul Pogba telah menjaringkan satu gol bagi membantu Perancis menewaskan Nigeria dalam perlawanan pusingan kedua. Perancis mara sejauh suku akhir sebelum ditewaskan oleh juara ketika itu, Jerman.

Pada perlawanan akhir semalam, beliau telah menyumbangkan satu gol bagi membantu Perancis menewaskan Croatia.

Penutup

Setakat 4 kali dianugerahkan, kesemuanya pemain Eropah telah menerima anugerah ini. Jerman memenangi dua kali dan Perancis juga turut memenangi dua kali.

Mungkinkah pada edisi 2022, kita akan menyaksikan pemain selain dari Eropah akan menerima trofi ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN