Bos baru Everton, Marco Silva mahu menjadikan Yerry Mina sebagai pembelian utama beliau kali ini.
Beberapa laporan sebelum ini menyatakan yang pemain itu sudah setuju menyertai Everton. Namun hal itu dinafikan ejen Yerry Mina yang juga pak cik beliai, Jair Mina.
Silva mahu memperkuatkan benteng pertahanan beliau yang dilihat semakin ‘uzur’ dengan pemain-pemain veteran. Mina dijangka akan digandingkan dengan Michael Keane.
Yerry Mina menjadi antara pemain terbaik dalam Piala Dunia kali ini. Membantu negara beliau mata sehingga ke pentas 16 pasukan akhir.
Beliau juga menjaringkan 3 gol dalam Piala Dunia kali ini. Sebelum ini, Yerry Mina mahu jaminan lebih minit perlawanan.
Dan Barcelona buat masa ini tidak dapat memberikan jaminan itu. Barcelona kini dikaitkan dengan Langlet dari Sevilla.
Ia mungkin akan menjadi faktor utama Yerry Mina akan keluar daripada Barcelona.
Mina hanya muncul dalam 6 penampilan bersama Barcelona sejak menyertai kelab itu pada Januari 2018 dari Palmeiras.
Yerry Mina bukan sahaja menjadi perhatian Everton malah menarik minat banyak pasukan. Beliau baru berusia 23 tahun dan menunjukkan kematangan dalam permainan beliau ketika di Rusia 2018.
Everton dijangka akan melancarkan bidaan rasmi mereka dalam masa terdekat dengan nilai dijangka sekitar £21 juta.
Namun angka itu dilihat mungkin rendah dan Barcelona pastinya mahu meminta lebih tinggi berdasarkan situasi semasa dalam bursa perpindahan.