Skuad generasi emas Belgium nyata gagal untuk mencapai apa yang dihajati.
Mereka terkandas di separuh akhir Piala Dunia 2018 apabila mereka tewas 1-0 di tangan Perancis.
Gol tunggal dihasilkan oleh Samuel Umtiti.
Jurulatih Belgium, Roberto Martinez menyifatkan pasukanya beraksi dengan kekurangan magis ketika perlawanan tersebut.
“Kami gagal menjumpai magis yang diperlukan di hadapan gol atau pun sedikit nasib baik ketika hendak menjaringkan gol.”
Katanya lagi, tidak banyak detik-detik penentu yang memberikan peluang kepada pasukannya untuk menjaringkan gol.
“Perlawanan ini cukup sengit, tiada banyak detik-detik penting yang dapat menentukan keputusan perlawanan.”
“Pemenang dalam perlawanan ini hanya ditentukan oleh satu situasi bola mati sahaja dan itu buktikan perlawanan ini cukup sengit.”
Martinez juga turut menguji ketangkasan pertahanan Perancis yang menyerap segala asakan dari pemain Belgium.
“Kami perlu berikan kredit kepada Perancis mengenai cara mereka bertahan.”
“Mereka punya pemain yang boleh melakukan serangan tetapi pemain-pemain tersebut juga duduk dibawah untuk membantu bahagian pertahanan.”
Walaupun tewas, Martinez sebenarnya berbangga dengan apa yang ditunjukkan oleh para pemain beliau sepanjang Piala Dunia berlangsung.
“Sungguh pun tewas, saya tetap berbangga dengan para pemain saya.”
“Mereka tewas selepas memberikan usaha yang gigih, berikan apa sahaja yang diperlukan dan berjuang hingga ke minit akhir.”
“Kita perlu terima dengan kekalahan yang terjadi ini. Tahniah buat Perancis dan semoga mereka berjaya untuk perlawanan akhir.”