Riyad Mahrez Hampiri Perpindahan Ke Man City Dengan Nilai £60 Juta

Menurut laporan Daily Mail, pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez sah akan melalui pemeriksaan kesihatan bersama Manchester City dalam masa 48 jam lagi.

Perbincangan antara kedua-dua kelab dikatakan sudah selesai dengan nilai perpindahan dikhabarkan sekitar £60 juta. Ia pengurangan sebanyak £40 juta berbanding Januari lalu.

Foxes pada Januari lalu telah meletakkan tanda harga £100 juta ke atasnya yang sentiasa menarik perhatian kelab-kelab besar di jendela perpindahan dan telah menolak bidaan City.

Ekoran itu, Mahrez telah memberontak dan melakukan mogok dengan tidak turun ke sesi latihan selama dua minggu selepas perpindahannya ke City itu gagal direalisasikan.

Dia juga telah didenda pomotongan gaji oleh kelab akibat tindakan kurang profesionalnya itu kerana didapati berada di Algeria bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Mahrez bagaimanapun akhirnya kembali dan mengakui kesilapan dan membayar kekesalannya itu dengan satu gol menarik ketika seri 1-1 menentang Bournemouth.

Beliau menamatkan musim lalu dengan 12 gol bersama Foxes dan merekodkan 39 jaringan daripada 139 penampilan sepanjang beraksi di Liga Premier Inggeris (EPL).

Mahrez telah membantu Leicester dalam meraih gelaran liga pada musim 2015/16 serta layak sehingga ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) untuk musim 2016/17.

Kini, perpindahannya hanya menanti saat dan ketika dia melepasi sesi pemeriksaan kesihatan serta Mahrez dijangka akan rasmi menyertai The Citizens pada minggu hadapan.

Mahrez sehingga kini belum bersama skuad Leicester dalam sesi latihan pra-musim kerana telah diberikan cuti tambahan oleh pihak pengurusan, mungkin atas faktor perpindahan ini.

Sementara itu, Leicester dikatakan sudah beralih kepada babak baharu kehidupan mereka selepas Mahrez. Mereka kini sudah memiliki pemain B-21 England, James Maddison.

Menyertai daripada Norwich City, Maddison telah menandatangani kontrak selama 5 tahun pada Jun lalu. Dia merupakan antara pemain terbaik di liga Championship pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN