Pemain Bolton Enggan Bermain Perlawanan Persahabatan Kerana Tidak Dibayar Gaji

Perkara sebegini sentiasa didengari di negara-negara lain. Tetapi, bagaimana pula sekiranya perkara ini berlaku di negara yang menjadi pengasas bola sepak moden?

Tambah pula, kelab yang terlibat merupakan kelab yang agak dikenali. Walaupun agak kurang penyokong daripada luar Britain.

Tiada sempurna

Pemain-pemain Bolton Wanderers mengambil keputusan untuk tidak hadir dan memboikot perlawanan persahabatan pra-musim. Mereka dijadualkan menentang kelab Scotland, St. Mirren.

Perlawanan itu sepatutnya dijadualkan pada hari ini.

Alasan mereka untuk memboikot ialah kerana mereka tidak dibayar gaji. Malah, ada daripada kalangan mereka tidak dibayar bonus yang dijanjikan.

Kenyataan khas

Sekumpulan pemain Bolton yang tidak diketahui namanya telah membuat satu kenyataan yang dimuat naik oleh portal Bolton News.

Antara sebahagian kenyataan tersebut mengatakan ada daripada kalangan mereka tidak dibayar gaji pada waktu yang dijanjikan. Ada pemain Bolton yang kekal di kelab itu selama dua musim.

Pemain-pemain itu sebenarnya tunjang utama pasukan sewaktu mereka beraksi dalam EFL League One pada musim 2016-17. Bolton berjaya menduduki tangga kedua EFL League One dan meraih tiket promosi ke EFL Championship.

Musim lalu, mereka berjaya untuk kekal dalam saingan divisyen kedua Inggeris itu. Walaupun mereka bergelut sehingga hari terakhir perlawanan.

Para pemain Bolton turut menzahirkan perasaan kecewa kerana layanan teruk sebegini. Malah, mereka tidak dimaklumkan sebab kelewatan gaji oleh pihak pengurusan kelab.

Para pemain turut memohon maaf kepada para penyokong yang akan hadir ke perlawanan persahabatan tersebut.

Serius

Kisah sebegini perlu diambil iktibar kepada semua pihak. Solusi perlu dibuat segera supaya perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Apa pun kami mengharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN