Previu: Sweden Buru Rekod Terbaik Di Piala Dunia Pasca Era Ibrahimovic

Sweden bertemu Switzerland dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia 2018 untuk memburu tiket ke suku akhir.

Kedua-dua pasukan ini dianggap pasukan bukan pilihan untuk mara jauh dalam kejohanan ini.

Mereka juga tidak dianggap sebagai pasukan yang mampu untuk memberi kejutan besar atau dark horse.

Kedua-dua pasukan ini menampilkan aksi persembahan yang boleh dikatakan baik dalam kejohanan kali ini.

Pembersih rekod

Sweden mempunyai sejarah yang banyak dan cukup boleh dianggap sebagai hebat dalam Piala Dunia.

Sejak layak buat pertama kali pada tahun 1934, rekod terhebat mereka adalah menjadi naib juara ketika mereka sendiri menjadi tuan rumah pada tahun 1958.

Pada edisi terdahulu, Sweden turut pernah menduduki tangga ketiga pada 1950 dan juga 1994 dan juga tempat keempat pada tahun 1938.

Namun sejak era millenium, Sweden tidak lebih dari sekadar pasukan yang tidak mampu memberikan cabaran sengit kepada pasukan lain.

Mereka berjaya sampai di peringkat 16 pasukan terakhir pada 2002 dan juga 2006 sebelum gagal layak ke Piala Dunia pada 2010 dan 2014.

Jadi boleh dikatakan Sweden tidak mempunyai rekod yang baik di Piala Dunia sejak Zlatan Ibrahimovic beraksi buat mereka buat pertama kali di Piala Dunia 2002.

YEKATERINBURG, RUSSIA – JUNE 27: Andreas Granqvist of Sweden tackles Javier Hernandez of Mexico during the 2018 FIFA World Cup Russia group F match between Mexico and Sweden at Ekaterinburg Arena on June 27, 2018 in Yekaterinburg, Russia. (Photo by Hector Vivas/Getty Images)

Jadi, malam ini adalah peluang terbaik Sweden untuk memperbaharu rekod mereka dan mengukir sejarah yang lebih segar pasca era Ibrahimovic.

Bagi Switzerland, mereka memperoleh rekod tidak begitu baik berbanding Sweden.

Sepanjang 11 kali menyertai Piala Dunia, rekod terbaik mereka adalah mara ke suku akhir pada 1934, 1938 dan 1954.

NIZHNIY NOVGOROD, RUSSIA – JUNE 27: Blerim Dzemaili of Switzerland celebrates with team mates after scoring his teams forst goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group E match between Switzerland and Costa Rica at Nizhniy Novgorod Stadium on June 27, 2018 in Nizhniy Novgorod, Russia. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Selain itu, mereka hanya terkandas di peringkat kumpulan dan peringkat 16 pasukan terakhir sahaja.

Ketika era millenium, rekod terbaik mereka adalah pada tahun 2006 dan 2014 apabila mara ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Sementara bagi edisi 2002, mereka tidak layak untuk beraksi.

Pemain tumpuan

Malam ini, penulis tertarik untuk melibat tugas yang akan dimainkan oleh kapten Sweden – Andreas Granqvist.

Kapten berpengaruh Sweden ini berjaya memberikan inspirasi dengan persembahan cemerlang di bahagian pertahanan dan juga serangan.

Boleh dikatakan beliau merupakan seorang pengambil sepakan penalti yang begitu baik.

during the 2018 FIFA World Cup Russia group F match between Mexico and Sweden at Ekaterinburg Arena on June 27, 2018 in Yekaterinburg, Russia.

Beliau telah menjaringkan 2 gol dalam Piala Dunia setakat ini dan kedua-duanya adalah menerusi sepakan penalti.

Sementara bagi Switzerland, penulis tertarik untuk melihat persembahan Granit Xhaka.

Xhaka mengharungi 2 perlawanan yang cukup baik ketika menentang Serbia dan juga Costa Rica.

Walaupun tidak menjaringkan gol ketika menentang Costa Rica, beliau cukup dominan ketika mempamerkan aksi di bahagian tengah.

Semestinya pada malam ini, khidmat beliau ditagih untuk mengawal bahagian tengah untuk membantu Switzerland menewaskan Sweden.

KALININGRAD, RUSSIA – JUNE 22: Granit Xhaka of Switzerland celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group E match between Serbia and Switzerland at Kaliningrad Stadium on June 22, 2018 in Kaliningrad, Russia. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Sebelum sepak mula

Perlawanan malam ini berkisarkan mengenai peluang kedua-dua pasukan untuk mencipta dimensi baharu dalam bola sepak mereka.

Andai Sweden menang, mereka akan memecahkan badi tidak layak ke suku akhir dalam Piala Dunia era millenium.

Sekali gus, ia menguatkan lagi yang Sweden mampu berjaya tanpa Zlatan Ibrahimovic di sisi.

Bagi Switzerland, inilah peluang terbaik mereka untuk menyamai rekod yang mereka pernah kecapi pada edisi-edisi awal Piala Dunia.

Skuad yang Switzerland kini merupakan skuad yang berpotensi untuk berikan cabaran, mereka perlukan rentak yang betul sahaja untuk memberikan impak yang diperlukan.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN