Arab Saudi Berminat Untuk Menguji Kekuatan Skuad Malaysia B-23

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan 2 pasukan dari teluk arab berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur.

2 pasukan itu ialah skuad kebangsaan Bahrain dan Arab Saudi yang bakal menguji kekuatan skuad bawah 23 tahun negara pada Ogos depan sebagai persiapan menghadapi saingan Sukan Asia di Indonesia.

Namun begitu, bercakap kepada Berita Harian, Kim Swee menjelaskan perlawanan persahabatan itu masih belum muktamad kerana ia bergantung kepada keputusan undian minggu ini.

“Bahrain dan Arab Saudi ingin bermain dengan kita di Kuala Lumpur tapi kita kena lihat di mana kedudukan kita di peringkat undian nanti.

“Kita bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada 8 atau 9 Ogos ini sebelum berlepas ke Jakarta di mana perlawanan pertama kita di Sukan Asia nanti mungkin pada 14 atau 15 Ogos.” katanya.

Skuad Malaysia B23 menjalani latihan pertama mereka di Wisma FAM. FOTO: FAM

17 pemain telah melapor diri ke kem latihan pusat semalam manakala baki empat pemain dari JDT & JDT II akan melapor diri hari ini.

Tiga pemain Pahang iaitu R. Dinesh, Kogileswaran dan Faisal Halim telah dikecualikan daripada melaporkan diri kerana terlibat dalam saingan Piala FA minggu ini.

Tiga lagi pemain bagaimanapun tidak dapat menyertai kem latihan kali ini iaitu Syahmi Safari dan Asraff Haykal Zainal kerana Selangor layak ke final Piala FA 2018 sementara Syamer Kutty Abba (JDT) mengalami kecederaan.

Selain itu, Kim Swee turut mengesahkan satu aksi persahabatan pemanas badan telah diatur iaitu bertemu Felda United pada hari Jumaat ini.

“Tak ada pengganti (Syamer), tak ada keperluaan kerana kita hanya berlatih enam hari sebelum bertemu FELDA United pada Jumaat bagi perlawanan persahabatan.

“17 pemain baru ini saya nak lihat persefahaman mereka dan mereka harus tahu apa yang kita akan lakukan secara taktikal,” jelasya.

Skuad Malaysia B-23 mengejutkan Arab Saudi dengan jaringan 1-0 ketika kejohanan AFC B-23 di China tahun lepas. Mereka turut mencipta sejarah mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN