Rekod kegagalan skuad England dalam penentuan penalti bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan kerana penalti boleh dianggap badi buat skuad The Three Lions dalam enam daripada 12 kejohanan utama terakhir.
Sepanjang tempoh itu, mereka hanya memenangi sekali iaitu ketika menentang Sepanyol pada kejohanan Euro 1996.
Pengendali England, Gareth Southgate turut mengalami nasib malang ketika kerjayanya sebagai pemain apabila berdepan penentuan penalti yang mana sepakannya digagalkan Andres Kopke, ketika England tewas di tangan Jerman dalam aksi separuh akhir di Wembley.
“Selama beberapa dekad saya masih memikirkan mengenainya,” kata Southgate.
Bagaimanapun, pengalaman itu pasti membantunya sebagai jurulatih menjelang pertembungan dengan Colombia dalam aksi pusingan 16 terbaik awal pagi Rabu ini dengan penentuan penalti kembali bermain di fikirannya.
Southgate turut berada dalam skuad Piala Dunia 1998 di bawah kendalian Glenn Hoddle yang percaya penentuan penalti adalah loteri dan mustahil untuk diterapkan dalam latihan sekali gus tidak berbaloi untuk melakukan latihan.
God… You just know we're going to have the trauma of a penalty shootout involving 🏴 England.
— Mark Worrall (@gate17marco) July 1, 2018
England ketika itu tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti sekali gus gagal mara ke suku akhir.
“Sudah pasti ia bukan peluang,” kata Marcus Rashford ketika ditemui di pangkalan England di Repino.
“Ia adalah kemahiran dan setiap kemahiran memerlukan masa untuk belajar dan menjadikannya sempurna. Ia tidak pernah menjadi peluang, ia bergantung sama ada kita mampu mengatasi tekanan ketika itu.”
England menjalani latihan penalti sejak Mac dengan Southgate turut menunjukkan rakaman video bagi membuat analisis kepada pemainnya.
Russia wins its first ever World Cup shootout and advances to the World Cup quarterfinals for the first time since 1970, when it did so as the Soviet Union.
Spain joins England and Italy as the only teams in World Cup history to lose three penalty shootouts. pic.twitter.com/Iy7XbNY2Jx
— ESPN Stats & Info (@ESPNStatsInfo) July 1, 2018
Beliau juga menggunakan pendekatan psychometric dalam menentukan siapa yang layak untuk melakukan sepakan.
Penjaga gol The Three Lion, Jordan Pickford berjaya menyelamatkan lima daripada 30 sepakan penalti ketika perlawanan.
Ia adalah rekod yang hampir sama dengan dua lagi penjaga gol, Jack Butland (menyelamatkan empat daripada 25 sepakan penalti), manakala Nick Pope (menyelamatkan tiga daripada 13 sepakan penalti).