Rusia 2018: Belgium Tidak Gentar Jumpa Pasukan Kuat Di Pusingan Kalah Mati

Jurulatih Belgium, Roberto Martinez mengetepikan sebarang dakwaan bahawa pasukannya akan berdepan laluan lebih mencabar ke final Piala Dunia selepas menang 1-0 ke atas England sekali gus menduduki tempat teratas Kumpulan G, awal pagi tadi.

“Kami perlu mengharungi satu persatu perlawanan, namun saya rasa kami boleh berdepan sesiapa saja yang akan menjadi lawan kami,” kata pengendali dari Sepanyol itu selepas jaringan Adnan Januzaj pada awal babak kedua membolehkan Belgium muncul pemenang.

Mereka bakal berdepan Jepun bagi pertembungan 16 terakhir dengan pemenang berkemungkinan berdepan Brazil atau Mexico di suku akhir.

(Photo by Francois Nel/Getty Images)

Ditanya sama ada beliau lebih gemar menamatkan saingan di tangga kedua dengan keputusan seri atau kalah ketika sebahagian penyokong mula memikirkan perkara itu selepas permulaan hambar Belgium pada babak pertama Martinez berkata, “Secara jujur, saya gembira.”

Katanya, kelebihan yang tidak banyak menyebelahi pasukan besar dalam edisi kali ini menyebabkan juara bertahan, Jerman terpaksa pulang awal manakala naib juara 2014, Argentina bakal bertarung dengan juara 1998, Perancis di pusingan kedua.

“Membuat ramalan di Piala Dunia memang sedikit sukar,” kata Martinez sambil menegaskan Belgium akan memberi tumpuan terhadap pertemuan awal pagi Selasa ini dengan Jepun di Rostov-on-Don.

(Photo by Yuri CORTEZ / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS(Photo credit should read YURI CORTEZ/AFP/Getty Images)

Beliau tidak mahu bercakap mengenai kemungkinan bertemu juara lima kali, Brazil di suku akhir nanti sebaliknya mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Perancis, Argentina dan juara Eropah, Portugal juga berpotensi menjadi penghalang ‘generasi emas’ Belgium untuk mara ke final Piala Dunia yang pertama.

“Kami tidak melihat laluan itu,” kata Martinez.

“Buat masa ini, hanya Jepun menjadi keutamaan kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN