Rusia 2018: Uruguay Mahu Rantai Pergerakan Ronaldo

Dua pemain pertahanan terbaik Uruguay di Piala Dunia akan dikerahkan untuk menghalang bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo apabila Uruguay bertemu Portugal pada pusingan kedua awal pagi esok.

Mereka yang dimaksudkan adalah kapten Uruguay, Diego Godin dari Atletico serta rakan sepasukan, Jose Maria Gimenez yang bakal menggalas tugas menyekat pemenang lima gelaran Ballon d’Or itu.

Jose Maria Gimenez ditugaskan untuk mengekang kemaraan Cristiano Ronaldo.

Pertembungan dua negara itu pasti menarik dengan Ronaldo, 33, menikmati edisi Piala Dunia paling terbaik setakat ini tetapi Uruguay adalah pasukan yang melepasi saingan peringkat kumpulan tanpa melepaskan sebarang gol.

Godin pakar dalam menafikan cubaan lawan ketika mengetuai Atletico serta membantu Uruguay melakar rekod bersih tidak dibolosi pada Piala Dunia setakat ini.

Ronaldo pula sudah meledak empat gol pada Piala Dunia kali ini termasuk hatrik ketika Portugal seri 3-3 dengan Sepanyol.

Ini bermakna, dia sudah mengumpul 85 gol antarabangsa sekali gus melakar sejarah melebihi mana-mana pemain Eropah.

“Godin adalah pemain bintang. Dia bertahan, memberi arahan, menjaringkan gol, memenangi kejuaraan dan tidak terlepas walau satu pun perlawanan,” kata legenda Argentina, Diego Maradona baru-baru ini.

(Photo by Maddie Meyer/Getty Images)

Gimenez pula yang meledak gol kemenangan lewat permainan ketika bertemu Mesir, dijangka menyertai Godin di barisan pertahanan selepas tidak diturunkan ketika mencatat kemenangan 3-0 ke atas Russia kerana berdepan kecederaan.

Uruguay juga bakal diperkuatkan dengan barisan pemain berkaliber di bahagian tengah seperti Rodrigo Bentancur, Lucas Torreira dan Matias Vecino dengan di bahagian serangan pula digalas Luis Suarez serta Edinson Cavani.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN