Jepun tewas 0-1 kepada Poland, namun masih layak untuk ke pusingan seterusnya dengan kiraan mata fair play untuk dibezakan dengan Senegal.
Berikut adalah rating pemain kedua-dua pasukan.
Jepun (4-4-2):
Eiji Kawashima-6.0
Bertindak cemerlang menafikan tandukan Kamil Grosicki yang hampir pasti memberikan gol buat Poland.
Gotoku Sakai-5.5
Hanya memiliki 1 percubaan tepat. Selepas itu, Sakai gagal melakukan ancaman.
Hiroki Sakai-7.0
Pemain pertahanan paling efektif buat Jepun. 5 clearance direkodkan sepanjang perlawanan.
Maya Yoshida-6.0
Tidak banyak boleh dikatakan. Sering bergelut dengan fizikal pemain lawan. Masih berjaya melakukan 3 clearance.
Tomoaki Makino-6.0
Seperti Yoshida, Makino turut mempunyai masalah berhadapan dengan bola tinggi. Turut merekodkan 3 clerance.
Yuto Nagatomo-6.5
Memenangi 5 daripada 6 perebutan di udara.
Yoshinori Muto-6.0
Tidak banyak yang boleh diperkatakan. Hanya 1 percubaan tepat. Secara keseluruhan sederhana.
Hotaru Yamaguchi-6.5
92% hantaran tepat, Yamaguchi memainkan peranan penting ketika Jepun mengasak.
Gaku Shibasaki-7.0
Mungkin pemain terbaik Jepun di atas padang. 3 hantaran kunci, dan 4 hantaran lintang berjaya dihasilkan.
Takashi Usami-6.5
Sering mengancam melalui larian. 6 hantaran lintag, namun tidak ada 1 yang berjaya.
Shinji Okazaki-5.5
Tidak banyak yang boleh dikatakan. Tiada percubaan langsung dihasilkan.
Poland (4-2-3-1):
Łukasz Fabiański- 7.0
3 kali menyelamatkan percubaan dari pemain Jepun terutama pada babak pertama perlawanan.
Bartosz Bereszyński- 6.5
1 hantaran kunci, dan 1 gelecekkan oleh bek kanan ini.
Kamil Glik-7.0
7 clerance, 2 kali hadangan bola memberitahu apa Poland kehilangan pada 2 perlawanan awal peringkat kumpulan.
Jan Bednarek- 7.5
Menjaringkan gol kemenangan, sentiasa mengancam dari gerakan set-pieces, utuh di pertahanan bersama Glik.
Artur Jędrzejczyk- 6.5
2 tackle dan 1 percubaan tepat dari seorang bek kiri.
Grzegorz Krychowiak- 6.5
Menghasilkan 2 tackle dan 3 pintasan sepanjang perlawanan.
Jacek Góralski- 6.5
5 tackle direkodkan oleh pemain tengah pertahanan ini.
Kamil Grosicki- 6.5
3 percubaan penting, dan 1 percubaan tepat dihasilkan oleh Grosicki.
Piotr Zieliński- 5.5
Tiada percubaan tepat, kurang efektif dan dikeluarkan pada babak kedua perlawanan.
Rafał Kurzawa 6.5
Tiada percubaan tepat, namun menghasilkan 2 hantaran penting dalam perlawanan ini. Bahaya ketika gerakan set-pieces atau bola lintang.
Robert Lewandowski-6.0
2 percubaan, dan tiada yang tepat. Namun merupakan ancaman untuk bola lintang dan gerakan set pieces buat Jepun.
Pemain terbaik pilihan Semuanya BOLA dalam perlawanan ini ialah pemain pertahanan berusia 22 tahun, Jan Bednarek