1. Kecergasan pemain
Joachim Low sedar tindakan beliau adalah satu perjudian. Ini kerana beberapa pemain yang tak cergas diletakkan di dalam kesebelasan utama.
Perlawanan pertama beliau menurunkan Ozil yang pada beberapa hari sebelum perlawanan tercedera. Sementara itu Boateng dan Neuer antara pemain yang rehat panjang musim 2017/18.
Aspek kecergasan ini jelas memberikan impak kepada Jerman. Boateng berberapa kali terperangkap ketika kawalan ruang (space marking).
Pemilihan pasukan terlalu banyak mengenepikan aspek kecergasan.
2. Percayakan pemain senior
Ini adalah aspek pengurusan pasukan dalam perlawanan. Joachim Low seakan-akan tiada keyakinan dengan pemain muda ataupun pemain kedua beliau.
Anda pasti masih ingat bagaimana pemain-pemain muda Jerman bermain sangat baik pada Piala Konfederasi dan mereka kelihatan bermain sangat baik.
Beberapa pemain yang sudah dikira senior dalam skuad Low tetap diturunkan walaupun berhadapan isu kecergasan dan juga prestasi hambar. Thomas Muller antara nama yang harus digariskan.
https://twitter.com/Rafianco/status/1012002627100393473
Julian Draxler pula gagal menjadi pemain pilihan ketiga di PSG namun tetap dipanggil kali ini. Julian Brandt ternyata jauh lebih cergas.
Kesannya beberapa pemain yang cemerlang dan memiliki data minit perlawanan yang sangat tinggi serta kualiti yang baik disisihkan sama ada daripada kesebelasan utama ataupun tidak dibawa ke Rusia.
3. Isu di tengah
Isu yang jelas adalah isu bertahan di zon tengah. Jerman tiada pemain tengah defensif yang kental. Khedira tidak cergas dan terpaksa disisihkan.
Selepas itu beliau ada Rudy yang terpaksa dikeluarkan pada perlawanan sebelum ini kerana kecederaan.
Mereka bergantung kepada pemain ‘offensive minded’ seperti Kroos dan Gundongan untuk melindungi pertahanan. Dan ianya jelas kurang membantu.
4. Serangan
Jerman mencipta banyak peluang dalam setiap perlawanan namun penyudah mereka sangatlah tumpul. Mereka bergelut untuk membolosi gawang pasukan lawan.
Pelan B mereka juga jelas tidak cukup berkesan kali ini dengan menggunakan ‘target man’. Kebiasaanya Jerman memiliki pelan B yang sangat baik.
5. Sistem pertahanan
Jerman adalah pasukan yang berasaskan ‘counter pressing’. Namun kali ini mereka agak kurang intensiti dan kadangkala ada beberapa pemain malas melakukan counter pressing.
Apabila ini berlaku mereka akan mendedahkan barisan pertahanan dengan serangan balas dalam situasi kurang unit. Ia diburukkan tiada pemain tengah defensif yang kental untuk melakukan ‘destroying’.
Di lapisan pertahanan akhir, pemain bek tengah mereka tidak berada dalam prestasi terbaik. Neuer pula tidak terlalu energetic untuk melakukan sweeping. Namun tetap berusaha melakukannya.