Analisis Jumlah Pemain Muda Dalam Liga Super Dan Liga Perdana Musim 2015

Jika anda bertanya soalan: berapa banyak pasukan Liga Super dan Liga Perdana yang mengetengahkan bakat muda dalam musim 2015? Sedikit atau banyak? Artikel ini akan menjawab persoalan anda.

Liga Super 2015

1. Jadual di bawah adalah purata umur pemain tempatan mengikut pasukan Liga Super:

[table]
,Jumlah pemain tempatan,Purata umur pasukan,Kedudukan liga
Terengganu,21,25.57,4
JDT,20,25.75,1
Pahang,23,25.96,3
Perak,24,26.04,8
Selangor,20,27.45,2
Sarawak,20,27.5,10
ATM,20,27.65,11
Kelantan,20,27.75,9
Felda United,22,27.91,5
Sime Darby,23,28.61,12
PDRM,20,28.85,6
[/table]

Pasukan yang mempunyai purata umur pemain paling muda: Terengganu
Pasukan yang mempunyai purata umur paling tua: PDRM
Purata umur pemain tempatan Liga Super: 27.17 tahun

2. Jadual di bawah adalah jumlah pemain tempatan mengikut kategori umur:

[table]
,18-23,24-28,29-33,>33,Kedudukan liga
JDT,3,9,7,1,1
Selangor,2,8,9,1,2
Pahang,6,9,6,2,3
Terengganu,4,9,8,0,4
Felda United,3,11,4,4,5
PDRM,3,4,12,1,6
Perak,9,8,4,3,8
Kelantan,1,11,7,1,9
Sarawak,4,11,4,1,10
ATM,3,10,2,5,11
Sime Darby,7,8,4,4,12
[/table]

Kategori umur 18-23
Pasukan paling ramai pemain: Perak (9 orang)
Pasukan paling sedikit pemain: Kelantan (1 orang)

msl1823

Kategori umur 24-28
Pasukan paling ramai pemain: FELDA, Kelantan, Sarawak (11 orang)
Pasukan paling sedikit pemain: PDRM (4 orang)

msl2428

Kategori umur 29-33
Pasukan paling ramai pemain: PDRM (12 orang)
Pasukan paling sedikit pemain: ATM (2 orang)

msl2933

Kategori umur 33 ke atas
Pasukan paling ramai pemain: ATM (5 orang)
Pasukan paling sedikit pemain: Terengganu (tiada)

msl33

Pasukan Liga Super yang mempunyai majoriti pemain dalam:

  • Kategori umur 18-23: Perak (37%)
  • Kategori umur 24-28: Sarawak dan Kelantan (55%), ATM dan FELDA(50%), JDT(45%), Terengganu (43%), Selangor (40%), Pahang (39%), Sime Darby (35%)
  • Kategori umur 29-33: PDRM (60%)

3. Sekarang ayuh kita lihat jumlah pemain Liga Super mengikut kategori umur secara keseluruhan:

msl2015

Berdasarkan carta pai, majoriti pemain Liga Super adalah berada dalam kategori umur 24-28 tahun iaitu sebanyak 42%.

Perak (37%) dan Sime Darby (31%) adalah dua pasukan yang menampilkan paling banyak pemain dalam kategori umur 18-23 pada musim lepas.

Purata umur pemain tempatan Liga Super adalah 27.17 tahun.

Liga Perdana 2015

1. Jadual di bawah adalah purata umur pemain tempatan mengikut pasukan Liga Perdana:

[table]
,Jumlah pemain tempatan,Purata umur pasukan,Kedudukan liga
JDT II,22,24.05,5
Kedah,21,24.38,1
UiTM,22,24.77,8
DRB Hicom,24,25.46,10
T-Team,26,25.73,3
Kuala Lumpur,26,25.88,11
Kuantan FC,25,26.56,9
Pulau Pinang,21,27.57,2
PKNS FC,23,27.65,4
NS Matrix,22,28.64,6
Sabah,22,28.68,7
Putrajaya SPA,21,29,12
[/table]

Pasukan yang mempunyai purata umur pemain paling muda: JDT II
Pasukan yang mempunyai purata umur paling tua: Putrajaya SPA
Purata umur pemain tempatan Liga Super: 26.5 tahun

2. Jadual di bawah adalah jumlah pemain tempatan mengikut kategori umur:

[table]
,18-23,24-28,29-33,>33,Kedudukan liga
Kedah,12,5,4,0,1
Pulau Pinang,2,10,9,0,2
T-Team,7,14,4,1,3
PKNS,4,8,8,3,4
JDT II,11,9,2,0,5
NS Matrix,7,7,4,4,6
Sabah,9,5,7,1,7
UiTM,17,5,0,0,8
Kuantan FC,8,8,8,1,9
DRB Hicom,7,13,2,2,10
Kuala Lumpur,5,12,9,0,11
Putrajaya SPA,5,10,4,2,12
[/table]

Kategori umur 18-23
Pasukan paling ramai pemain: UiTM (17 orang)
Pasukan paling sedikit pemain: Pulau Pinang (2 orang)

mpl1823

Kategori umur 24-28
Pasukan paling ramai pemain: T-Team (14 orang)
Pasukan paling sedikit pemain: Kedah, Sabah dan UiTM FC (5 orang)

mpl2428

Kategori umur 29-33
Pasukan paling ramai pemain: Pulau Pinang dan Kuala Lumpur(9 orang)
Pasukan paling sedikit pemain: UiTM FC (tiada)

msl2933

Kategori umur 33 ke atas
Pasukan paling ramai pemain: Negeri Sembilan (4 orang)
Pasukan paling sedikit pemain: Kedah, Pulau Pinang, JDT2, UiTM FC dan Kuala Lumpur (tiada)

mpl33

Pasukan Liga Perdana yang mempunyai majoriti pemain dalam:

  • Kategori umur 18-23: Kedah (57%), JDT2 (50%), Sabah (41%), Negeri Sembilan (32%), Kuantan FC (32%)
  • Kategori umur 24-28: T-Team, DRB-Hicom (54%), Putrajaya SPA, Pulau Pinang (48%), Kuala Lumpur (46%), PKNS (35%), Negeri Sembilan (32%), Kuantan FC (32%)
  • Kategori umur 29-33: Kuantan FC (32%)

3. Sekarang ayuh kita lihat jumlah pemain Liga Perdana mengikut kategori umur secara keseluruhan:

ligaperdana2015

Berdasarkan carta pai, majoriti pemain Liga Perdana berada dalam kategori umur 24-28 tahun iaitu sebanyak 39%.

Tetapi berbanding Liga Super yang hanya mempunyai 19% pemain yang berada dalam kategori umur 18-23, Liga Perdana memberi peluang yang lebih besar untuk pemain muda – dengan 34% pemain berada dalam kategori umur ini.

Ini tak menghairankan kerana Liga Perdana dianggotai oleh pasukan pelapis JDT iaitu JDT II (50% pemainnya berusia 18-23 tahun), UiTM (tiada pemain berusia atas 28 tahun), selain Kedah dan Sabah yang berani menggunakan pemain muda.

Purata umur pemain tempatan Liga Super adalah 26.5 tahun.

Rumusan

Jika dilihat secara keseluruhan, situasi di Liga Super amat merisaukan saya kerana tidak banyak pasukan yang berani mempertaruhkan bakat-bakat muda mereka.

Dengan menolak tepi JDT II yang memang dikhaskan untuk skuad pelapis JDT, Kedah dan Perak adalah dua pasukan yang konsisten mengetengahkan bakat anak jati dari skuad Piala Presiden mereka.

Tekanan tinggi daripada pihak pengurusan dan penyokong untuk menang trofi mempengaruhi majoriti pasukan Liga Super dan Perdana untuk menaruh kepercayaan kepada pemain dalam kategori 24-28 dan 29-33 – kategori umur yang dikatakan ‘masa puncak’ karier pemain bola sepak.

Keputusan FAM untuk membubarkan skuad Harimau Muda adalah sesuatu yang positif.

Ini kerana pada pendapat saya, kerja membangunkan pemain muda adalah kerja pasukan dalam liga. Bukannya kerja FAM. FAM hanya perlu menjadi pentadbir.

Tetapi jika kerja pembangunan pemain muda diserahkan kepada pasukan majoriti pasukan liga Super dan Perdana, ditakuti mereka tidak serius pula. Tidak banyak pasukan sanggup melabur wang peruntukan untuk membangunkan akademi sendiri.

Akademi-Merah-Kuning-Bajet-2016
Selangor mula melabur ke arah pembangunan akademi, satu langkah yang positif

Sebaliknya wang tersebut dilaburkan kepada skuad utama. Untuk pemain import yang teruk kualitinya. Untuk pemain tempatan yang sudah melepasi zaman kegemilangannya.

Dengan liga Super dan Perdana musim 2016 yang akan bermula pada minggu ini, saya masih sukar melihat senario ini berubah. Liga kita mungkin sudah diswastakan. Pasukan akan menerima lebih banyak duit.

Tetapi selagi mentaliti pengurusan pasukan terhadap pembangunan pemain muda masih tak berubah, selagi itulah nasib bola sepak kita takkan berubah.

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh salah seorang pembaca kami, Hazeem Din. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN