Serbia perlu menang perlawanan ini untuk mereka melayakkan diri ke peringkat 16 akhir. Namun tugas itu bukannya mudah kerana mereka akan berhadapan dengan pasukan no.2 dunia, Brazil.
Kualiti Serbia
Serbia memiliki nama-nama besar dalam skuad mereka kali ini termasuk Milinkovic Savic, Nemanja Matic dan juga Dusan Tadic.
Di hadapan mereka ada Mitrovic yang menjadi antara target man terbaik setakat ini dalam Piala Dunia 2018.
Pemain mereka ada kefahaman yang jelas dengan cara bermain yang dimahukan oleh jurulatih mereka.
Pertahanan Brazil
Hari ini Brazil akan berhadapan dengan sebuah pasukan yang banyak bergantung kepada fizikal. Situasi bola mati dan hantarang panjang kepada penyerang akan banyak digunakan.
Dalam beberapa perlawanan awal, pertahanan Brazil agak sukar berhadapan dengan taktik serangan balas dan permainan fizikal. Contohnya dalam perlawanan menentang Swizterland.
Fokus dalam perlawanan
Salah satu sebab mereka menang dalam perlawanan menentang Costa Rica adalah fokus dalam perlawanan yang sangat baik. Berbeza dengan perlawanan pembukaan mereka yang lebih kasual, mungkin ada sikap mahu ‘fancy’.
Fokus ini harus dikekalkan pada hari ini. Lawan mereka bukannya pasukan yang mudah dikalahkan jika mereka berada dalam prestasi terbaik.
Kualiti individu
Aspek ini lebih dilihat milik Brazil. Aspek individu ini boleh memberikan perbezaan besar jika taktikal berpasukan kurang berjalan lancar.
Neymar dan Coutinho antara 2 pemain yang memiliki kaki yang sangat laju dan mampu melakukan magis.
Sebelum wisel
Berdasarkan rekod pertemuan ini pastinya sangat memihak kepada Brazil. Mengambil kira rekod lampau Serbia dan ketika mereka digelar Yugoslavia, Brazil menang 10 kali dan seri 7 kali untuk perlawanan ini.
Namun dalam Piala Dunia pula Brazil dan Serbia masing-masing menang sekali dan seri 2 kali dengan pasukan ini.
Pertemuan pertama mereka di Piala Dunia adalah pada edisi sulung 1930 di mana Yugoslavia menang.
Brazil hanya perlu mengelakkan diri daripada tewas perlawanan ini. Manakala Serbia pula wajib menang untuk mara.
Jika Serbia seri, mereka perlu mengharapkan Switzerland kalah dan perbezaan jaringan akan memainkan peranan dalam situasi tersebut.