VIDEO: Tonton Gelagat Penyokong Senegal & Jepun Nyanyi Lagu Tema Animasi One Piece!

Piala Dunia 2018 menyaksikan pelbagai aksi-aksi menarik yang ditunjukkan di dalam padang.

Malah di luar padang juga, terdapat pelbagai aksi yang menarik yang ditunjukkan oleh para penyokong yang hadir.

Sebagai contoh penyokong Colombia dan juga Mexico yang bersatu membantu penyokong Orang Kelainan Upaya Mesir dengan mengangkat kerusi roda beliau untuk membantu penyokong tersebut menonton perlawanan melibatkan Mesir.

Kali ini, kami dapat saksikan keharmonian melibatkan melibatkan penyokong Jepun dan Senegal pula.

Dalam satu video yang tular di Twitter, terdapat penyokong kedua-dua pasukan dengan riangnya merakamkan video mereka sedang menyanyikan lagu tema Anime terkenal Jepun – One Piece.

Lagu yang berjudul We Are itu dinyanyikan dengan riangnya oleh penyokong Senegal dan Jepun selepas perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 2-2.

Apa yang menarik perhatian penulis adalah kefasihan penyokong Senegal itu menyanyikan lagu tema One Piece dalam bahasa Jepun!

Menarik bukan? Situasi sebegini hanya dapat dilihat di kejohanan antarabangsa sahaja apabila penyokong dari pelbagai latar belakang budaya bertemu di satu lokasi.

Sebelum ini, penyokong Jepun telah mencuri tumpuan apabila mereka bersama penyokong Colombia bersama-sama membersihkan stadium selepas tamat perlawanan.

Malah, penyokong Senegal juga tidak ketinggalan dengan mereka juga mengutip sampah di stadium selepas tamat perlawanan menentang Poland tempoh hari.

Semoga teladan yang baik dari penyokong pasukan lain boleh dijadikan ikutan oleh penyokong kita.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN