Menjelang pertemuan terakhir peringkat kumpulan G bertemu England, Jurulatih Belgium, Roberto Martinez kemungkinan akan merehatkan perancang tengah Kevin De Bruyne dan juga penyerang Romelu Lukaku serta menurunkan barisan kedua.
England dan Belgium sudah layak ke pusingan 16 terakhir dan Martinez membayangkan pertembungan itu lebih kepada perayaan buat kedua-dua pasukan.
Roberto Martinez: “Lukaku picked up an ankle injury, Hazard picked up a calf injury. Mertens had a knock on his ankle. There will be major changes against England.” #BELTUN
— Paul Brown (@pbsportswriter) June 23, 2018
“Ia berbeza. Jika kita berdepan antara satu sama lain untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati Piala Dunia, ia akan membabitkan lebih banyak emosi,” kata jurulatih dari Sepanyol itu.
“Ini perlawanan yang kita boleh raikan dan menikmatinya. Terdapat banyak perkara sensasi dalam kedua-dua kem dan kedua-dua negara sudah mara ke peringkat kalah mati.
“Jadi saya tidak fikir aksi itu akan menjadi perlawanan emosi. Saya fikir ia akan lebih kepada menjadi satu perayaan.” katanya.
Roberto Martínez looks to last 16 and may make 10 changes for England | By @StuartJamesGNM https://t.co/3KpsICb7Ye
— Guardian sport (@guardian_sport) June 25, 2018
Martinez berkata beliau tidak mungkin menurunkan mana-mana pemain yang mengumpul kad kuning kecuali mereka belum layak ke pusingan 16 terakhir.
“Ia akan menjadi risiko dan perjudian besar untuk menurunkan pemain yang mempunyai kad kuning kerana anda pasti tidak mahu hilang pemain di peringkat kalah mati,” katanya.
Bintang Manchester City, De Bruyne salah seorang daripada tiga pemain Belgium yang mengumpul kad kuning selain Thomas Meunier dan Jan Verthongen.