Real Madrid Tak Akan Benarkan Mateo Kovacic Berpindah Dari Kelab Tersebut

Real Madrid telah menegaskan yang mereka tidak akan melepaskan pemain tengah mereka iaitu Mateo Kovacic untuk mana-mana pasukan pada musim panas ini.

Menurut laporan MARCA, Kovacic dengan jelas mahu meninggalkan kelab itu selepas kecewa tidak diberikan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Namun begitu, kelab tersebut menegaskan mahu Kovacic untuk terus kekal di Santiago Bernabeu sehingga kontrak beliau tamat.

Untuk rekod, Kovacic mempunyai kontrak bersama Real Madrid sehingga tahun 2021.

Selain itu, beliau turut mempunyai klausa perpindahan sebanyak €300 juta!

MALAGA, SPAIN – APRIL 15: Mateo Kovacic of Real Madrid controls the ball during the La Liga match between Malaga CF and Real Madrid CF at Estadio La Rosaleda on April 15, 2018 in Malaga, Spain. (Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menegaskan beliau mahu Kovacic untuk terus kekal di Real Madrid kerana beliau mempunyai potensi untuk beraksi bersama pengurus baharu – Julen Lopetegui.

Hal ini juga turut disertakan dengan tujuan asal pembelian Kovacic sendiri iaitu sebagai pengganti Luka Modric yang semakin berusia.

Modric yang kini berusia 32 tahun dijangka hanya akan berkhidmat untuk beberapa tahun sahaja lagi dan Kovacic dijangka bakal menggantikan pemain itu sikit masa lagi.

Real Madrid begitu berharap untuk menyaksikan pemain itu kekal di kelab tersebut untuk beberapa tahun lagi kerana bukan beliau sahaja pemain yang lantang menyuarakan perasaan kecewa dengan kurangnya masa bermain kepada pihak kelab.

MIAMI GARDENS, FL – MARCH 23: Paolo Hurtado of Peru fights for the ball with Mateo Kovacic of Croatia during the international friendly match between Peru and Croatia at Hard Rock Stadium on March 23, 2018 in Miami Gardens, Florida. (Photo by Eric Espada/Getty Images)

Gareth Bale dan Karim Benzema turut mengalami situasi yang sama apabila pernah mengalami fasa kurang diturunkan.

Diharap dengan kehadiran Lopetegui, sinar untuk musim yang lebih baik buat Kovacic akan tiba.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN