Jepun pasti ada sedikit kekecewaan untuk tidak menang perlawanan ini kerana mereka jelas pasukan yang lebih baik.
Mereka menguasai sebahagian besar perlawanan ini dan melakukan beberapa percubaan yang bahaya.
Isu kesilapan penjaga gol terus menghantui pasukan Jepun. Dalam perlawanan pertama menentang Colombia, mereka bolos kerana goalkeeping error. Kali ini mereka juga melepaskan gol pertama kerana kesilapan penjaga gol.
Serangan Senegal
Walaupun Jepun menguasai perlawanan, namun pasukan Samurai Biru itu sangat rapuh apabila diserang terutama sekali serangan balas.
Senegal mencipta lebih banyak peluang gol daripada penguasaan bola yang terhad.
Jepun juga kerapkali gagal mengeluarkan bola dengan kemas di dalam kotak penalti. Itu isu yang harus mereka gariskan.
Semangat juang Jepun
2 kali Jepun dipaksa mengejar Senegal. Pasukan Senegal di hadapan menerusi Sadio Mane pada minit ke-11 menerusi Sadio Mane. Ia adalah kombinasi kesilapan pertahanan dan kesilapan penjaga gol.
Inui menyamakan kedudukan, 8 minit sebelum rehat. Gol yang dilakukan dalam keadaan yang agak sempit. Inui melencongkan bola ke penjuru rendah gol.
Pada separuh masa kedua, Senegal di hadapan sekali lagi pada minit ke-71 menerusi Moussa Wague.
Namun Jepun hanya memerlukan 7 minit untuk membalas gol itu menerusi bintang cemerlang pada Piala Dunia 2014, Keinsuke Honda. Ianya juga hasil umpanan Inui.
Jepun menyaksikan satu percubaan Inui singgah di palang gol dan hanya mampu diperhatikan penjaga gol.
Senegal gagal bertahan baik
Senegal juga pastinya patut menyalahkan diri sendiri kerana gagal mempertahankan gol pendahuluan sebanyak 2 kali. Jika tidak mereka sudah menjadi pasukan yang mara daripada kumpulan ini.
Apapun ia satu perlawanan yang menghiburkan terutama sekali kualiti Jepun yang sangat baik dalam perlawanan ini.
Peluang masih terbuka
Keputusan seri ini membuatkan persaingan di kumpulan H masih terbuka. Jepun dan Senegal berada di 2 tangga teratas dengan mata, jaringan dan bolos yang sama.
Poland dan Colombia akan turun selepas ini.