Shopee Piala FA: PKNS FC Enggan Menyerah Kalah Dan Tekad Bangkit Di Shah Alam

Skuad PKNS FC terpaksa memilih jalan sukar untuk melangkah ke final apabila tewas 0-4 kepada Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Bercakap kepada Berita Harian, pengendali PKNS FC, Dato Rajagobal berkata anak buahnya cuba bangkit selepas Selangor memperolehi jaringan, namun beliau kecewa benteng pertahanan pasukan itu agak longgar.

“Kita bermula dengan baik namun selepas itu kita boleh lihat pertahanan kita gementar, mudah hilang bola dan gagal kawal Rufino (Segovia) sehingga dibolosi dua gol pantas.

“Dalam bola sepak, boleh berlaku keajaiban tetapi Selangor adalah pasukan yang bagus dan memiliki pemain berkualiti.

“Bukan senang tetapi kita kena kekal positif untuk dapatkan balik maruah dan cuba bermain untuk menang,” katanya.

Dalam perlawanan itu, pemain import Selangor, Rufino Segorvia melakar hatrik sebelum pertahanan PKNS, Azmizi Azmi tertampan ke gawang sendiri ketika usahanya menahan bola hantaran lintang yang cuba dilakukan penyerang import Selangor itu.

Walaupun tewas dengan jaringan yang akan besar dan tiada bekalan gol untuk pertembungan separuh akhir kedua, Rajagobal enggan mengangkat bendera putih dan mahu anak buahnya bangkit memadamkan defisit gol pasukan lawan.

“Pemain perlu ada mentaliti untuk menang pada perlawanan kedua, tidak kira apa jua keputusan. Mereka perlu tunjukkan kepada pengurusan bahawa mereka boleh memberikan keputusan positif,” kata Rajagobal di sidang media selepas perlawanan.

“Lihat sahaja Kuala Lumpur boleh bangkit dari ketinggalan 3 gol untuk mengikat Selangor di perlawanan suku akhir lalu.

“Ya kita bekerja secara berpasukan. Tetapi pemain kena ada mentaliti untuk menang dan sekarang apa yang mereka lakukan adalah buktikan kepada pengurusan yang kami juga mampu meraih keputusan baik.

“Secara jujurnya, saya tidak jangka kita tewas 0-4,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN